Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Saudi berkas 11 putera, menteri dalam operasi antirasuah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Saudi berkas 11 putera, menteri dalam operasi antirasuah

Nov 06, 2017 | 05:30 AM

RIYADH: Arab Saudi telah memberkas 11 putera, empat menteri dan berpuluh bekas menteri kelmarin, sejurus selepas satu suruhanjaya antirasuah ditubuhkan.

Turut diberkas ialah pelabur dan hartawan terkemuka, Putera Alwaleed bin Talal.

Pengumuman tangkapan itu dibuat menerusi stesen Al-Arabiya, rangkaian satelit kepunyaan Saudi, sekali gus mengejutkan kededua kerajaan dan pusat kewangan dunia.

Langkah 'pembersihan' itu dilihat sebagai tindakan terbaru untuk mengukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, anak kesayangan dan penasihat utama Raja Salman.

Pada usia 32 tahun, putera itu mempunyai suara dalam ketenteraan Saudi, dan dalam melakarkan dasar- dasar sosial luar negeri dan ekonomi.

Raja Salman telah membentuk jawatankuasa baru antirasuah, diketuai putera mahkota itu hanya beberapa jam sebelum penangkapan beramai- ramai itu diperintahkan.

Al-Arabiya berkata jawatankuasa antirasuah itu mempunyai kuasa menyiasat, memberkas, menghalang individu daripada keluar negeri dan membekukan aset ke atas mereka yang didapati terlibat dalam rasuah.

Alwaleed, 62 tahun, menguasai firma pelaburan Kingdom Holding dan merupakan antara orang terkaya dunia yang turut mempunyai kepentingan dalam syarikat gergasi seperti News Corp, Time Warner, Citigroup, Twitter, Apple, Motorola dan banyak lagi. Putera itu juga menguasai rangkaian satelit televisyen yang ditonton dunia Arab.

Hotel The Ritz Carlton di Riyadh, yang merupakan hotel pilihan bagi penginapan diraja, telah dikosongkan kelmarin, dipercayai bagi menempatkan anggota diraja yang ditahan.

Satu sumber unit penerbangan memberitahu agensi berita AFP bahawa pasukan keselamatan telah menahan semua jet-jet privet daripada meninggalkan Jeddah bagi menghalang individu berprofil tinggi daripada meninggalkan negara itu.

"Penahanan yang meluas itu seperti tidak dirancang dalam sejarah moden Arab Saudi," kata seorang penyelidik di Institut Dasar Awam di Universiti Rice, Kristian Ulrichsen.

"Jika benar, laporan mengenai penahanan Putera Alwaleed pasti memberi kejutan besar ke atas masyarakat perniagaan domestik dan antarabangsa."

Penahanan itu berlaku kurang dua minggu selepas Putera Mohammed menerima kehadiran ribuan peniaga dunia ke Riyadh bagi satu puncak pelaburan yang mempamerkan usaha perubahan ekonomi negara itu pada masa ini. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3