Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaudi dan beberapa negara Arab berpuasa esok

Jun 17, 2015 | 6:50 PM
Saudi dan beberapa negara Arab berpuasa esok
RIYADH: Umat Islam di Arab Saudi dan beberapa negara Arab dijadual mula berpuasa esok, Khamis.
Mahkamah Diraja Saudi mengumumkan bahawa anak bulan tidak kelihatan semalam, sekali gus mengisytiharkan esok sebagai 1 Ramadan.
Selain Saudi, negara-negara Teluk lain yang dijadual mula berpuasa esok termasuk Bahrain, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
Pemerintah Yaman, yang kini hidup dalam buangan di Saudi, turut mengumumkan mereka akan mula berpuasa esok.
Pemerintah Indonesia turut menetapkan 1 Ramadan 1436 Hijrah jatuh esok. - Agensi berita