Saudi gantung umrah bagi warga dan penduduknya
Mar 06, 2020 | 05:30 AM
RIYADH: Arab Saudi mengenakan larangan sementara ke atas warga dan penduduknya daripada melaksana umrah di Makkah bagi mengelakkan penyebaran koronavirus Covid-19, menurut agensi berita negera SPA.
Di bawah undang-undang sementara itu, warga Arab Saudi dan penduduk yang menetap di negara itu yang mahu melaksana umrah tidak akan dibenarkan masuk ke Tanah Suci tersebut.