Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi garis jalinan mendalam, rapat dengan Iraq

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



BAGHDAD: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, telah menggariskan hubungan mendalam dan rapat antara negaranya dengan Iraq.



Saudi, katanya, akan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan dan kemakmurannya, sambil menekankan bahawa Iraq memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kestabilan di rantau itu.



Berucap pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Iraq, Encik Fuad Hussein, di Baghdad kelmarin, Putera Faisal mengesahkan semula kepentingan memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara dua negara bersaudara itu.



"Hubungan ini menyaksikan momentum positif yang hebat sejak kebelakangan ini, berkat arahan kepimpinan dua negara ini.



"Pegawai dua negara ini bekerja rapat untuk meneruskan momentum besar dalam hubungan antara dua negara ini, untuk meraih manfaat daripadanya dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama, terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan," kata Putera Faisal.



Putera Faisal berkata dalam konteks itu, negaranya menyokong semua usaha pemerintah Iraq dalam meningkatkan kemakmuran dan kestabilan di negara itu, dan berusaha untuk mencapai kemampanan dalam pertumbuhan dan kemakmuran di Iraq.



Menteri Luar Arab Saudi itu menyatakan bahawa Iraq sedang menyaksikan perkembangan ekonomi sangat positif, dan ini mewujudkan peluang besar memandangkan perkembangan ekonomi yang juga hebat di Arab Saudi dan pertumbuhan positif ekonomi, yang telah mencapai A$1 trilion ($1.31 trilion).



"Ini akan memberi manfaat kepada dua negara kita, memperkukuh kemakmuran mampan kepada rakyat dua negara, dan mencerminkan secara positif ke atas seluruh rantau ini.



"Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa rantau yang selamat dan stabil, dan di sini Iraq memainkan peranan asas dan penting dalam menggalak kestabilan," ujar beliau lagi.



Putera Faisal tiba di Baghdad kelmarin bagi satu lawatan rasmi.



Beliau mengadakan pertemuan bersama Presiden Abdul Latif Rashid, Perdana Menteri Mohammed Shia Al-Sudani dan Speaker Parlimen Mohammed al-Halbous semasa lawatan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >