Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi hanya izin individu sudah jalani vaksinasi kerjakan umrah Ramadan

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi berkata kelmarin bahawa hanya mereka yang telah menjalani vaksinasi daripada virus Covid-19 akan dibenarkan menjalankan ibadah umrah bermula Ramadan ini.



Pihak kementerian haji dan umrah berkata dalam satu kenyataan bahawa tiga kategori individu akan disifatkan sebagai "sudah imun".



Ini termasuk mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin, mereka yang telah menerima satu dos sekurang-kurangnya 14 hari sebelum itu dan mereka yang telah pulih daripada jangkitan tersebut.



Hanya golongan itu sahaja yang akan layak mendapatkan permit untuk menunaikan umrah serta menghadiri solat jemaah di Masjidil Haram.



Dasar tersebut akan sekali gus "meningkatkan keupayaan operasi" Masjidil Haram sepanjang Ramadan ini, kata kementerian itu.



Ia menambah peraturan yang ditetapkan juga bagi kemasukan ke Masjid Nabawi di Madinah.



Menurut pihak kementerian, dasar itu akan bermula pada Ramadan ini yang akan disambut umat Islam minggu depan.



Tetapi ia masih belum jelas berapa lama peraturan itu akan dikuatkuasakan.



Ia juga masih belum jelas sama ada dasar yang diperkenalkan itu di tengah-tengah jangkitan koronavirus yang semakin meningkat di Arab Saudi akan dilanjutkan kepada musim haji lewat tahun ini.



Arab Saudi melaporkan lebih daripada 393,000 jangkitan koronavirus dan 6,700 kematian akibat Covid-19.



Kementerian Kesihatan kerajaan itu berkata ia sudah pun memberikan lebih 5 juta dos vaksin di negara yang mempunyai jumlah penduduk lebih 34 juta itu.



Pengumuman itu dibuat selepas Raja Salman menggantikan menteri haji bulan lalu, kurang setahun selepas kerajaan itu menjadi hos kepada kumpulan haji paling kecil dalam sejarah moden ekoran pandemik Covid-19.



Mohammad Benten telah dilucutkan jawatan dan tempat beliau telah diambil alih oleh Essam bin Saeed, menurut satu ketetapan diraja yang diterbitkan media rasmi Agensi Saudi Press (SPA).



Pada lewat Julai tahun lalu, kerajaan Saudi telah mengurangkan bilangan jemaah haji dan hanya sehingga 10,000 penduduk Muslim di negara itu dibenarkan menunaikan ibadah itu.



Bilangan tersebut jauh lebih rendah daripada sejumlah 2.5 juta Muslim dari merata dunia yang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada 2019.



Adalah masih belum jelas berapa ramai jemaah akan dibenarkan untuk musim haji tahun ini.



Menurut akhbar propemerintah Okaz, hanya jemaah yang telah divaksinasi sahaja akan dibenarkan tahun ini.



Pada Oktober tahun lalu, pihak berkuasa Arab Saudi telah memberikan kelonggaran dengan membuka Masjidil Haram bagi solat jemaah buat pertama kalinya dalam masa tujuh bulan dan menyambung semula sebahagian ibadah umrah.



Pihak berkuasa berkata ibadah umrah akan dibenarkan pada keupayaan sepenuhnya sebaik ancaman pandemik mula reda. - AFP.




APA KATA AMTAS



"Kami di Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) amat mengalu-alukan keputusan membenarkan jemaah yang telah divaksin untuk berangkat menunaikan umrah. Amtas bagaimanapun menasihati GSA untuk tidak mengambil deposit melainkan sedikit wang pentadbiran sehingga terdapat tanda-tanda jelas bahawa haji dan umrah benar-benar dapat dijalankan dalam waktu terdekat ini. Pendirian kami tetap sama sehingga bulan September ini. Kita juga berharap agar keberangkatan jemaah akan dapat bermula selepas suku ketiga jika keadaan mengizinkan. Pihak kami juga berusaha sedaya upaya untuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) terbaik agar perjalanan dapat berjalan lancar dan keselamatan jemaah terjamin. Kita berharap vaksinasi yang dijalankan oleh pihak pemerintah Singapura membantu industri ini dapat bergerak semula."
- Timbalan Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >