Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi izin warga asing labur dalam hartanah di Makkah, Madinah

Jan 28, 2025 | 1:12 PM
Arab Saudi membenarkan warga asing melabur dalam firma hartanah di  Makkah dan Madinah dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing.
Arab Saudi membenarkan warga asing melabur dalam firma hartanah di Makkah dan Madinah dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing. - Foto fail

RIYADH: Arab Saudi membenarkan warga asing melabur dalam firma hartanah di dua kota suci - Makkah dan Madinah.

Pengawal selia pasaran Arab Saudi berkata bahawa mereka akan membenarkan pelaburan asing dalam syarikat tersenarai yang memiliki hartanah di kedua-dua tanah suci itu bagi menarik lebih banyak pelaburan.

Langkah itu akan membolehkan warga asing melabur dalam firma yang pendapatannya bergantung kepada ibadah haji dan umrah, salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan yang kaya dengan minyak itu.

Badan pemantau pasaran Arab Saudi, Penguasa Pasaran Modal (CMA), dalam satu kenyataan pada 27 Januari berkata, langkah itu bertujuan menarik modal asing dan menyediakan kecairan untuk projek masa kini dan masa depan di Makkah dan Madinah.

Arab Saudi berkata ia menyasarkan untuk mengalu-alukan 30 juta jemaah haji dan umrah setiap tahun menjelang 2030.

Pada 2019, ia memperoleh pendapatan kira-kira AS$12 bilion ($16.2 bilion) daripada jemaah kedua-dua ibadah itu, menurut data rasmi.

Ibadah haji tahunan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan meningkatkan bilangan jemaah haji adalah sebahagian daripada agenda reformasi ekonomi Wawasan 2030 yang bertujuan mengurangkan pergantungan ekonomi daripada hasil minyak.

Indeks penanda aras Arab Saudi meningkat 0.2 peratus, didahului kenaikan 10 peratus dalam kedua-dua Syarikat Pembangunan Jabal Omar dan Syarikat Pembinaan dan Pembangunan Makkah, yang mempunyai hartanah di tanah suci itu.

Bursa itu, yang terbesar di rantau Teluk Arab dengan permodalan pasaran 10.2 trilion riyal ($2.72 trilion), dibuka kepada pelabur asing pada 2015 dalam usaha menarik lebih banyak dana dan telah menyaksikan penyenaraian baru sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

CMA berkata di bawah langkah baru itu, pelaburan asing akan dihadkan kepada saham, instrumen hutang, atau kedua-duanya, dan akan mengecualikan “pelabur asing yang strategik”.

Badan pemerhati itu menambah bahawa warga bukan Saudi tidak akan dibenarkan memiliki lebih daripada 49 peratus saham firma terbabit.

Pada 2021, ia membenarkan bukan warga Saudi untuk melanggan dana hartanah yang melabur di kawasan sempadan Makkah dan Madinah.

Menteri Perusahaan dan Sumber Mineral Arab Saudi, Encik Bandar Ibrahim Alkhorayef, baru-baru ini menyatakan bahawa negaranya menawarkan pelbagai peluang perniagaan kepada firma Singapura dalam bidang yang meluas, seperti pengeluaran, logistik dan juga sektor baru seperti tenaga boleh diperbaharui. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg