Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi keluarkan 4 juta visa sejak mula musim umrah tahun ini

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa sebanyak 4 juta visa umrah telah dikeluarkan untuk jemaah dari serata dunia sejak permulaan musim umrah tahun ini.



Pemberian tinggi visa tersebut boleh dikaitkan dengan usaha kementerian itu dalam memudahkan proses ketibaan jemaah menerusi kaedah elektronik dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi yang mengendali sistem haji dan umrah berkenaan.



Jemaah dibolehkan menghantar permohonan visa mereka menerusi laman kementerian itu atau platform Nusuk.



Muslim dari serata dunia yang memiliki sebarang jenis visa yang membolehkan mereka memasuki Arab Saudi seperti visa lawatan, pelancong dan lain-lain lagi, dibenarkan melaksanakan umrah di Masjidil Haram di Makkah dan menziarahi makam Nabi di Masjid Rawdah di Madinah selepas membuat tempahan slot ibadah tersebut menerusi aplikasi Nusuk.



Arab Saudi telah melanjutkan tempoh sah visa umrah daripada 30 hari kepada 90 hari, dan jemaah dibenarkan memasuki negara itu menerusi kesemua lapangan terbangnya, pelabuhan lautan dan sempadan darat.



Aplikasi Nusuk itu membenarkan warga asing yang sudah memperolehi visa untuk membuat tempahan bagi melaksanakan umrah dan menziarah Makam Nabi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >