Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi kirim 3 pesawat isi bantuan Covid-19 ke M'sia

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menghantar tiga pesawat berisi bantuan peralatan perubatan ke Malaysia semalam dan kelmarin dalam usaha membantu negara itu menangani jangkitan Covid-19.



Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau menerima sumbangan bantuan itu secara simbolik dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.



"Baru lima hari lalu, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman (Abdulaziz Al Saud) menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia.



"Semalam (kelmarin) tiba di tanah air menerusi dua pesawat, manakala sebuah lagi tiba hari ini (semalam). Tiga pesawat Saudia Airlines dihantar kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini. Alhamdulillah, nanti saya kongsi perincian sumbangan kepada semua," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Ahad lalu, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan bersetuju menyalurkan sumbangan kepada Malaysia bagi membantu memerangi penularan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing.



Bantuan Arab Saudi itu antara lain termasuk sumbangan dalam bentuk satu juta dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia.



Datuk Hishammuddin dipetik berkata bahawa Raja Salman menitahkan Pusat Tindakan Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan kepada Malaysia.



Dalam masa yang sama, angka vaksinasi harian Covid-19 sekali lagi merekodkan lebih 500,000 dos buat empat hari berturut-turut membabitkan 556,404 dos suntikan diberikan semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.



Menerusi perkongsian infografik di Twitter, Dr Adham berkata jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari lepas.



Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatif sebanyak 19,502,452 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam.



Jumlah itu meliputi 13,184,724 penerima dos pertama dan 6,317,710 dos kedua. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >