Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi komited perjuang Islam sederhana, perangi ekstremisme

Aug 5, 2024 | 1:00 PM
Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Alsheikh dalam sidang akhbar  di Persidangan Menteri Wakaf dan Ehwal Islam Negara Islam ke-9, yang bermula di Makkah pada 4 Ogos,
Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Alsheikh dalam sidang akhbar  di Persidangan Menteri Wakaf dan Ehwal Islam Negara Islam ke-9, yang bermula di Makkah pada 4 Ogos, - Foto X KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM, DAKWAH DAN BIMBINGAN ARAB SAUDI 

MAKKAH: Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Alsheikh menekankan bahawa Arab Saudi diasaskan atas prinsip sederhana dan memuji kepimpinan negara itu yang memperjuangkan Islam sederhana dan memerangi ekstremisme.

Beliau berkata demikian di Persidangan Menteri Wakaf dan Ehwal Islam Negara Islam kesembilan yang bermula di Makkah pada 4 Ogos, lapor Saudi Gazette.

Persidangan itu dihadiri para menteri ehwal Islam dan wakaf serta mufti, ketua majlis Islam, persatuan dan institusi dari 60 negara, di bawah tema “peranan kementerian wakaf dan hal ehwal Islam dalam mempromosikan dan menyatukan prinsip dan nilai kesederhanaan”.

Agenda persidangan itu antara lain termasuk perbincangan mengenai memerangi ekstremisme dan pengganasan.

Ia juga turut membahaskan kaedah melindungi platform daripada retorik radikal, memupuk kewujudan bersama dan toleransi, memperhalusi wacana agama, serta mengukuhkan kesederhanaan dan keseimbangan.

Ia turut berusaha meningkatkan konsep kewarganegaraan di negara Islam dan menangani identiti Islam di tengah-tengah globalisasi budaya.

Dalam ucapannya, Menteri Hal Ehwal Islam Maghribi, Encik Ahmed Toufiq, menekankan komitmen negaranya untuk memelihara ajaran agama melalui masjid dan menggalakkan kesederhanaan.

Menteri Wakaf Mesir pula, Encik Osama Al-Azhari, menekankan keperluan memerangi ekstremisme dan pengganasan dan menekankan keperluan untuk menentang naratif ekstremis berdasarkan nilai dan kekitaan bersama.

Menteri Tanah, Pemerintah Wilayah dan Hal Ehwal Agama Gambia, Encik Hamat Bah, memuji usaha Arab Saudi untuk menggalakkan kesederhanaan di peringkat global.

Sementara Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Oman, Dr Mohammed Bin Said Al Mamari bercakap tentang cabaran dunia, termasuk ketidakseimbangan moral dan kelaziman ucapan kebencian.

Sesi pertama persidangan itu, yang dipengerusikan oleh Menteri Wakaf dan Bimbingan Yaman, Encik Mohammed Aida Shabiba, memberi tumpuan kepada kebimbangan yang semakin meningkat, dalam menghadapi ekstremisme dan pengganasan serta keperluan penting untuk melindungi platform daripada retorik berbahaya mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg