Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TENGKARAH DIPLOMATIK NEGARA-NEGARA TELUK DENGAN QATAR

Saudi mahu Qatar 'ubah dasar' dan henti 'sokong pengganas'

Jun 08, 2017 | 05:30 AM



PARIS: Qatar mesti mengubah dasar mereka dan berhenti menyokong kumpulan pengganas, kata Menteri Luar Arab Saudi di Paris, Perancis.



"Mereka perlu mengubah dasar mereka dan berhenti menyokong kumpulan pengganas," kata Encik Adel Al-Jubeir kepada wartawan, sambil menegaskan bahawa "Qatar mesti bertindak seperti sebuah negara normal".



Tujuh negara - Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman, Bahrain, Libya dan Maldives - serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam ehwal dalaman negara mereka.



Mauritania semalam menjadi negara terbaru memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.



Terdahulu, Arab News melaporkan bahawa Jordan mengumumkan menarik balik wakil diplomatik mereka di Qatar selepas "menganalisis punca krisis" antara Doha dan beberapa negara Arab ketika ini.



Encik Jubeir tidak menyatakan apa yang beliau inginkan daripada Qatar, tetapi menegaskan bahawa "sejumlah langkah boleh diambil, mereka mengetahuinya".



Apabila ditanya mengenai kemungkinan terdapat usaha diplomatik antarabangsa bagi menamatkan krisis itu, beliau berkata:



"Saya tidak percaya ada pengantara. Ini isu dalaman GCC (Majlis Kerjasama Teluk).



"Kami memutuskan untuk menjelaskannya dan itu sudah cukup," kata Encik Jubeir, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak berminat dengan perubahan kerajaan di Qatar.



"Kami mahu Qatar menjadi sekutu dalam mencari keamanan dan kestabilan di rantau ini," katanya.



Pada 2014, Qatar berjanji menghentikan tindakan melindungi pemimpin Islam dan meredakan saluran televisyen berpengaruh Al-Jazeera, yang dituduh menjadi jurucakap kumpulan pengganas Islam di Dunia Arab.



Apabila ditanya mengenai seteru Arab Saudi, Iran, Encik Jubeir menyebut Iran sebagai "negara agresif dan bermusuhan" yang berkemungkinan besar cuba mengeksploitasi keadaan hingga mengeruhkannya.



Kuwait tidak menyertai negaranegara Arab lain yang mengambil tindakan ke atas Doha dan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, tiba di Jeddah bagi mengadakan perbincangan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi.



Sementara itu, Al-Jazeera menyifatkan tindakan Arab Saudi menutup cawangannya di negara itu sebagai sebahagian daripada krisis di Teluk sebagai "tidak berasas".



Saluran berita global itu mengutuk tindakan Riyadh dan menggesa Arab Saudi supaya membenarkan wartawannya terus bertugas tanpa "gangguan atau ancaman".



"Kami percaya pihak berkuasa di negara ini tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian terhadap rangkaian dan operasi kami," kata Al-Jazeera dalam satu kenyataan.



"Walaupun dengan sekatan terhadap rangkaian kami, Al-Jazeera akan terus melakukan liputan berita dan hal ehwal semasa di rantau ini dan kawasan lain secara adil dan objektif." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >