Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Saudi perluas sektor penerbangan

Tempah pesawat penumpang secara besar-besaran dan melancarkan syarikat penerbangan nasional baru
Apr 03, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Tidak terkesan oleh pasaran penerbangan rantau Teluk yang sesak, Arab Saudi sedang melakukan peluasan agresif sektor penerbangannya, dengan tempahan pesawat penumpang secara besar-besaran dan pelancaran syarikat penerbangan nasional baru.



Projek itu sejajar dengan usaha membentuk semula negara itu yang sebelum ini agak tertutup kepada perniagaan dan pelancongan, namun penganalisis berkata walaupun dengan sokongan kuat, laluan menuju kejayaan adalah rumit.



Pada Mac, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, ketua de facto Saudi, melancarkan Riyadh Air, syarikat penerbangan baru yang bertujuan mengubah ibu kota itu menjadi "pintu masuk ke dunia", menurut media kerajaan.



Dua hari kemudian, pegawai kerajaan berkata Riyadh Air dan Saudia, syarikat penerbangan sedia ada kerajaan yang berpangkalan di Jeddah, akan membeli 78 pesawat penumpang Boeing 787 Dreamliner.



Perjanjian itu, yang Rumah Putih nilaikan sebanyak "hampir AS$37 bilion" ($49.2 bilion) dengan pilihan sehingga 121 pesawat, merupakan kelima terbesar mengikut nilai komersial dalam sejarah syarikat Boeing.



Ketua Eksekutif Riyadh Air, Encik Tony Douglas, memberitahu AFP bahawa syarikat penerbangan itu akan berkhidmat di pasaran antarabangsa, serantau dan domestik - meletakkannya dalam persaingan langsung dengan syarikat besar di Teluk, Emirates dan Qatar Airways.



Ini menimbulkan persoalan sukar tentang bagaimana Riyadh Air akan merebut pasaran, terutamanya pada masa penerbangan jarak jauh tanpa henti di Timur Tengah kini semakin meningkat, kata penganalisis penerbangan bebas, Encik Alex Macheras.



"Meniru dan kemudian mencontohi model perniagaan yang berjaya syarikat penerbangan negara jiran di Teluk akan menjadi rumit dalam pasaran sesak di mana penumpang mempunyai banyak pilihan," kata Encik Macheras.



PERANAN BARU RIYADH



Syarikat penerbangan Saudia diasaskan pada 1945, menerima pesawat pertamanya sebagai hadiah daripada Presiden Amerika Syarikat, Encik Franklin Roosevelt.



Pada masa itu orang asing cenderung memasuki Saudi, bukan melalui Riyadh, tetapi melalui Jeddah di pantai Laut Merah, yang kekal sebagai 'Gerbang ke Makkah', menerima jutaan Muslim yang menunaikan haji dan umrah setiap tahun.



Kedutaan asing tidak berpindah ke Riyadh, di tengah Saudi, sehinggalah pada tahun 1980-an.



Namun hari ini, Riyadh berada di tengah-tengah agenda pembaharuan 'Wawasan 2030' Putera Mohammed yang bertujuan membantu mengalihkan pengeksport minyak mentah terbesar dunia daripada bahan api fosil.



Pegawai kerajaan menganggapnya sebagai saingan kepada hab perniagaan rantau Teluk, Dubai, sambil meramalkan bahawa penduduk Riyadh yang kini berjumlah lapan juta akan meningkat kepada 15-20 juta menjelang 2030.



Pada November 2022, pegawai mengumumkan rancangan bagi lapangan terbang baru di Riyadh yang disasarkan untuk menampung 120 juta pelancong setahun menjelang 2030, meningkat daripada kira-kira 35 juta sekarang.



Unjuran pertumbuhan itu menjadikan model sekarang syarikat Saudia - di mana ia mempunyai dua hab, Jeddah dan Riyadh - sukar dipertahankan, kata Menteri Kewangan Saudi, Encik Mohammed al-Jadaan, kepada AFP.



"Jeddah sahaja memerlukan satu syarikat penerbangan untuk menumpukan perhatian kepada haji dan umrah... Jadi anda memerlukan satu syarikat penerbangan (baru) yang memberi tumpuan kepada Riyadh," kata Encik Jadaan.



Pembentukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang baru itu mencerminkan mentaliti "jika anda membinanya, ia (permintaan) akan datang", kata Encik Robert Mogielnicki dari Institut Negara Arab Teluk di Washington.



"Persoalan tentang bentuk permintaan bagi perkara ini masih belum diselesaikan, tetapi Saudi mesti cukup yakin untuk meneruskan tempahan pesawat yang begitu besar," katanya.



PESAING AMBIL PERHATIAN



"Riyadh Air sudah tentu akan merebut sebahagian pasaran di rantau ini dan pasaran Asia khususnya," kata seorang pegawai di Qatar Airways, yang tidak mahu namanya disiarkan.



"Namun kami bersedia untuk menghadapinya."



Satu kelebihan terbesar Riyadh Air ialah pemiliknya - dana mewah kerajaan Saudi, yang disifatkan Encik Macheras akan "mempengaruhi apa yang pasti akan menjadi fasa pertama yang memerlukan modal besar" menjelang penerbangan sulungnya pada awal 2025.



"Adalah jelas bagi syarikat penerbangan ini, walaupun lewat menyertai pasaran, masih berpendapat ada ruang buat satu lagi pemain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >