Premium
Saudi rancang edar semula visa pelancong awal 2021
Sep 28, 2020 | 5:30 AM
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -
RIYADH: Arab Saudi merancang mahu mengeluarkan semula visa pelancong pada awal 2021 selepas penggantungan selama berbulan ekoran langkah tegas kerajaan mengekang penularan koronavirus, kata menteri pelancongannya kepada agensi berita Reuters.
Menurut laporan itu, pelancongan adalah tunggak dalam strategi pembaharuan semula Putera Mahkota Mohammed bin Salman bagi mengurangkan penggantungan ekonomi terhadap minyak.

