Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi sambut jemaah haji asing pertama sejak pandemik

Jun 04, 2022 | 08:03 PM



RIYADH (AFP) -  Arab Saudi menyambut kumpulan pertama jemaah haji dari luar negara sejak pandemik Covid-19, hari ini (4 Jun).



Jemaah dari Indonesia tiba di Madinah dan dijadualkan melanjutkan perjalanan ke Mekah dalam masa beberapa minggu ini bagi membuat persiapan untuk ibadah haji bulan depan.



"Hari ini kami menerima kumpulan pertama jemaah haji (untuk) tahun ini dari Indonesia, dan penerbangan akan berterusan dari Malaysia dan India," kata Encik Mohammed al-Bijawi dari Kementerian Urusan Haji Arab Saudi kepada saluran televisyen, Al-Ekhbariya.



"Hari ini kami gembira menerima tetamu Allah dari luar kerajaan ini, setelah dua tahun dijejas oleh pandemik," tambah beliau sambil mengatakan bahawa Arab Saudi sudah siap sepenuhnya untuk memenuhi keperluan jemaah asing itu. 



Pada April lalu, Arab Saudi mengumumkan yang ia membenarkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara pada tahun  ini. 



Ini berbanding hanya 60,000 penduduk dan warga Arab Saudi yang divaksin sepenuhnya dibenarkan menunaikan haji pada tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >