Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi timbang kedai arak bagi diplomat bukan Islam: Sumber

Jan 25, 2024 | 10:57 AM
JALANI PERUBAHAN: Kerajaan Arab Saudi dilaporkan bersedia untuk membuka kedai penjualan alkohol pertamanya di ibu negara itu secara eksklusif kepada diplomat bukan Islam. Manakala gambar yang diambil pada 18 Januari 2024 menunjukkan orang ramai di jalan di kawasan kejiranan tertua di Jeddah, dikenali sebagai Al-Balad  kawasan seluas 2.5 kilometer persegi sedang diubah oleh kemasukan kafe, muzium, ruang persembahan dan bengkel untuk artis dan kraftangan.
JALANI PERUBAHAN: Kerajaan Arab Saudi dilaporkan bersedia untuk membuka kedai penjualan alkohol pertamanya di ibu negara itu secara eksklusif kepada diplomat bukan Islam. Manakala gambar yang diambil pada 18 Januari 2024 menunjukkan orang ramai di jalan di kawasan kejiranan tertua di Jeddah, dikenali sebagai Al-Balad kawasan seluas 2.5 kilometer persegi sedang diubah oleh kemasukan kafe, muzium, ruang persembahan dan bengkel untuk artis dan kraftangan. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi merancang membenarkan penjualan alkohol kepada diplomat bukan Islam buat kali pertama, dua sumber yang tahu mengenai rancangan itu memberitahu AFP dan Reuters.

Rancangan itu akan mengubah peraturan ketat yang mengawal minuman keras di negara tersebut.

“Alkohol akan dijual kepada diplomat bukan Islam” yang sebelum ini terpaksa mengimportnya melalui kantung diplomatik atau pakej rasmi yang dimeterai, kata satu sumber.

Kedai menjual alkohol itu akan terletak di Kuarters Diplomatik Riyadh, iaitu sebuah kejiranan kedutaan dan tempat diplomat tinggal, dan akan “terhad” kepada bukan Islam, kata dokumen itu.

Tidak jelas sama ada ekspatriat bukan Islam lain akan juga mempunyai akses ke kedai itu.

Berjuta-juta ekspatriat tinggal di Arab Saudi tetapi kebanyakan mereka adalah pekerja Islam dari Asia dan Mesir. Sumber yang tahu tentang rancangan itu berkata kedai tersebut dijangka dibuka dalam beberapa minggu akan datang.

Desas-desus tersebar selama bertahun-tahun bahawa alkohol akan tersedia di kerajaan Teluk itu di tengah-tengah gelombang pembaharuan sosial yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Antara pembaharuan itu ialah pawagam diadakan dan festival muzik bercampur lelaki dan wanita.

Ia juga sebahagian daripada rancangan lebih luas untuk membina ekonomi pascaminyak.

Satu kenyataan kerajaan Arab Saudi pada 24 Januari mengatakan pihak berkuasa sedang memperkenalkan “rangka kerja kawal selia baru... untuk menentang perdagangan haram produk alkohol dan produk yang diterima oleh misi diplomatik”.

Dasar itu “akan terus memberikan dan memastikan semua diplomat kedutaan bukan Islam mempunyai akses kepada produk ini dalam kuota tertentu”.

Kenyataan itu menunjukkan tidak banyak akan berubah serta-merta untuk sebahagian besar daripada 32 juta penduduk Arab Saudi.

Selain menghadiri majlis diplomatik di Suku Diplomatik Riyadh, mereka boleh membuat wain sendiri atau beralih ke pasaran gelap, di mana sebotol wiski boleh dijual pada harga ratusan dolar sebelum cuti seperti malam Tahun Baru.

Di bawah undang-undang Arab Saudi, hukuman bagi pengambilan atau pemilikan alkohol termasuk denda, penjara, sebatan awam dan pengusiran bagi warga asing.

Tahun lalu, Arab Saudi diberikan hak penganjuran Ekspo 2030 dan Piala Dunia pada 2034, seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa larangan alkohol mungkin ditarik balik, atau sekurang-kurangnya dilemahkan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg