Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi tolak laporan AS Putera Mahkota luluskan pembunuhan Khashoggi

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



RIYADH: Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan Amerika Syarikat yang mendapati Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerajaan itu meluluskan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.



Kementerian Luar Arab Saudi berkata dalam satu kenyataan bahawa kerajaan itu menolak sepenuhnya penilaian "negatif, palsu dan tidak dapat diterima" dalam laporan berkaitan kepemimpinan kerajaan itu, dan menyatakan laporan tersebut mengandungi maklumat dan kesimpulan tidak tepat.



Dalam laporan yang dikeluarkan pentadbiran Presiden Joe Biden, perisik Amerika menyimpulkan bahawa Putera Mahkota Mohammed "meluluskan operasi di Istanbul, Turkey untuk menangkap atau membunuh" Encik Khashoggi.



Arab Saudi sebelum ini menyatakan pembunuhan itu adalah operasi penyangak dan ia menafikan Putera Mahkota Mohammed terlibat.



"Malangnya, laporan tidak tepat ini dikeluarkan ketika kerajaan Arab Saudi dengan jelas mengecam perbuatan jenayah itu dan kepemimpinan kerajaan ini mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan tragedi seperti itu tidak akan terjadi lagi.



"Kerajaan ini menolak segala tindakan yang melanggar kepemimpinan, kedaulatan, dan kebebasan sistem kehakimannya," kata Kementerian Luar Arab Saudi.



Encik Khashoggi, pengkritik tegas Putera Mohammed, diminta datang ke konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018 untuk mendapatkan dokumen yang beliau perlukan bagi perkahwinannya bersama tunanny dari Tuarkey.



Beliau, 59 tahun, dibunuh oleh sebuah pasukan Arab Saudi di situ dan mayatnya, yang dikerat-kerat, belum ditemui, menurut Pejabat Pengarah Risikan Negara Amerika.



Laporan Amerika itu menyatakan bahawa berdasarkan pengaruh Putera Mahkota Mohammed, "sangat tidak mungkin" pembunuhan itu boleh berlaku tanpa mendapat 'lampu hijau'.



Akhbar The New York Times melaporkan bahawa pentadbiran Biden mungkin tidak menghukum Putera Mahkota Mohammed kerana tindakan itu akan hanya menjejas kerjasama Amerik-Arab Saudi dalam bidang menangani pengganasan.



Kelmarin, Setiausaha Negara Amerika, Encik Encik Antony Blinken, menyatakan negara itu telah mengenakan sekatan visa terhadap 76 warga Arab Saudi terlibat dalam kegiatan serius bagi kerajaan luar negara. Namun, nama mereka tidak dinyatakan.



Ditanya mengapa Putera Mahkota Mohammed bukan antara mereka yang dihukum, Encik Blinken menekankan kepentingan Amerika dan pentingnya menjaga hubungan dengan Arab Saudi.



"Apa yang kami lakukan ialah berdasarkan tindakan yang tidak akan menjejas hubungan tetapi menyesuaikannya dengan kepentingan dan nilai kami,'' katanya.



Dengan mengumumkan laporan itu, Presiden Biden menterbalikkan keengganan pendahulunya Donald Trump menyiarkan laporan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >