Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi wajibkan bakal jemaah tahun ini dapatkan suntikan vaksin Covid-19

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



RIYADH: Kerajaan Arab Saudi akan mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.



Menteri Kesihatan Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin koronavirus adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama buat semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu pada Julai nanti.



Namun beliau tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Saudi dibenarkan menunaikan haji tahun ini, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.



Sekurang-kurangnya 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah haji setiap tahun.



Namun ekoran penularan Covid-19 di serata dunia tahun lalu yang turut menjejas Saudi, kerajaan negara itu telah mengurangkan jumlah jemaah haji tahun lalu kepada seramai 10,000 orang, kesemuanya penduduk di negara itu, bagi mengelak penularan jangkitan penyakit itu.



Sementara itu, Saudi turut mewajibkan pekerja kesihatan yang terbabit dalam ibadah haji pada musim ini untuk mendapatkan vaksin Covid-19, kata Dr Tawfiq.



"Anda perlu bersedia awal bagi memastikan tenaga kerja yang diperlukan untuk operasi kemudahan kesihatan di tanah suci Makkah dan Madinah serta di pintu masuk bagi jemaah haji musim 2021.



"Satu jawatankuasa vaksinasi perlu ditubuhkan bagi musim haji dan umrah, yang mana mereka menerapkan penerimaan wajib vaksin Covid-19 bagi pekerja kesihatan yang terbabit," katanya dalam satu pekeliling rasmi.



Pada 3 Januari lalu, Saudi membuka semula sempadan dan menyambung semula penerbangan antarabangsa.



Kerajaan negara itu mengarahkan agar 'tindakan pencegahan yang berkaitan dengan penularan Covid-19' ditarik balik, umum Kementerian Dalam Negeri, menurut Saudi Press Agency.



Selain itu, Saudi telah memulakan program vaksinasi Covid-19 pada 17 Disember lalu membabitkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.



Sehingga kelmarin, negara itu melaporkan lebih 378,000 kes jangkitan koronavirus itu dengan 6,505 kematian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >