Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Saya disuruh letak jawatan oleh Mahathir sehari selepas dilantik AG'

Mantan Peguam Negara Tommy Thomas imbas pengalaman dalam autobiografi
Jan 28, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan beliau melepaskan jawatan sebagai Peguam Negara sehari selepas dilantik ke jawatan tersebut pada 5 Jun 2018.



Kisah tindakan perdana menteri Malaysia ketika itu terkandung dalam autobiografi beliau yang bakal berada di pasaran mulai lusa.



Ia diterbitkan oleh Gerakbudaya.



Autobiografi itu mengisahkan pengalaman hidupnya membesar, menceburi kerjaya bidang guaman dan tempoh 20 bulan menjadi Peguam Negara.



Menurut Tan Sri Tommy, 69 tahun, Tun Dr Mahathir, 96 tahun, ketika itu memintanya untuk mengundurkan diri dengan segera selepas memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberikan perkenan atas pelantikannya.



Ini meletakkan diri beliau dalam kedudukan yang sukar.



"Tun (Mahathir) menyatakan sesuatu yang menggemparkan. Walaupun dengan keputusan Agong, Tun mahu saya meletakkan jawatan kerana besarnya skala penentangan orang Melayu terhadap pelantikan saya.



"Saya sangat terkejut. Tun mahu saya meletak jawatan pada keesokan harinya. Peluang profesional seumur hidup terlepas daripada tangan saya sebelum sempat saya dapat menarik nafas," katanya, yang ditukil laman berita Malaysiakini kelmarin.



Tan Sri Tommy dilantik menyandang jawatan itu pada 5 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun 2020, tetapi meletakkan jawatan pada 28 Februari 2020.



Langkah itu diambil kerana keadaan politik di Malaysia membuatnya rasa perlu mengundurkan diri agar selari status jawatannya yang dibuat secara lantikan politik.



"Jawatan sebagai AG (Peguam Negara) adalah menerusi lantikan politik yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir.



"Apabila Perdana Menteri meletak jawatan, saya juga tertakluk untuk berbuat demikian kerana dilantik oleh beliau, malah ia penting untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri baru memilih calon baru menyandang tugas Peguam Negara," katanya, yang ditukil portal berita FMT ketika itu.



Mengenai tindakan Tun Dr Mahathir meyuruhnya meletak jawatan sebaik pelantikannya diperkenankan Agong, Tan Sri Tommy mengakui "tergamam dan kecewa" dengan permintaan tersebut.



Walaupun kejadian itu berlaku, beliau terus berkhidmat sebagai Peguam Negara sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Februari 2020.



Selain kisah kehidupannya, memoir Tan Sri Tommy turut merangkumi bab-bab yang membincangkan skandal 1MDB; perbicaraan SRC bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim; kumpulan militan yang dianggap sudah tidak berfungsi lagi Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE); dan isu perkauman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >