"Saya masih PM M'sia...": Muhyiddin, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

"Saya masih PM M'sia...": Muhyiddin

Aug 04, 2021 | 06:16 PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi pada Rabu (4 Ogos) di Istana Negara.

Pada sesi menghadap hampir sejam itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menyembah maklum mengenai penerimaan jumlah surat akuan bersumpah (SD) yang disifatkan sebagai meyakinkan.

"Semalam saya menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai lapan ahli Parlimen UMNO, menulis surat kepada baginda bahawa mereka menarik sokongan kepada saya.

"Di dalam warkah ini, Seri Paduka memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pertama, Perkara 43(2)(a) iaitu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kedua, Perkara 43(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Sehubungan itu, saya menyembah maklum kepada baginda mengenai penerimaan sejumlah SD daripada ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini," katanya katanya ketika menyampaikan perutusan khas, hari ini.

Susulan penjelasan itu, Muhyddin berkata peletakan jawatannya mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit, namun mengakui bahawa kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan.

Sehubungan itu, beliau menyembah maklum kepada Seri Paduka untuk membentangkan usul undi percaya, menjelang sidang Dewan Rakyat, September ini bagi menentukan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

"Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

"Alhamdulillah, Seri Paduka memperkenankan cadangan saya ini. Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

"Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual, selain bantuan-bantuan yang diumumkan kerajaan untuk diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

"Justeru, saya minta semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan, untuk terus tabah melaksanakan tugas serta tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik, dicetuskan pihak-pihak tertentu secara sengaja yang cuba menangguk di air keruh," katanya. - Berita Harian Malaysia

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map