Topik diikuti
Pergi ke BHku'Saya merayu pada Mladic jangan bunuh anak saya'

MASIH BAWA GAMBAR ANAK: Cik Munira Subasic kehilangan 22 ahli keluarga terdekat, termasuk suami dan anaknya berusia 16 tahun, dalam kekejaman Ratko Mladic di Srebrenica. - Foto AFP
Dec 4, 2017 | 5:30 AM
THE HAGUE: Bagi kebanyakan orang, 12 Julai 1995 hanya seperti hari-hari biasa yang berlalu, tetapi ia kekal selamalamanya dalam minda Cik Munira Subasic.
Pada hari itu, beliau bertemu ketua Serbia Bosnia, Ratko Mladic, buat kali pertama, dan buat kali terakhir, beliau melihat anaknya.
