Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

"Saya tak percaya ibu bapa saya sudah tiada..." - Ratapan anak yatim yang ditinggal pergi kerana Covid-19

Aug 07, 2021 | 10:38 PM



JAKARTA: Kanak-kanak lapan tahun, Alviano Dava Raharjo, tahu ibu bapanya sudah dimasukkan ke hospital di Kutai Barat, Kalimantan Timur, tetapi masih hairan mengapa mereka belum pulang lagi.



"Mengapa ibu belum pulang lagi, Tuk?" Vino bertanya kepada saya," datuk sebelah ibunya, Encik Yatin, menceritakan kepada akhbar The Straits Times. Beliau menggunakan nama timang-timangan si kecil itu, mengimbas semula perbualan telefon mereka sekitar pertengahan Julai.



Tidak diketahui Alviano, ibunya yang berusia 32 tahun, Lina Safitri, yang hamil lima bulan, baru sahaja meninggal dunia kerana Covid-19. Bapanya, seorang penjual bebola daging, Kino Raharjo, juga 32 tahun, meninggal dunia keesokan harinya dan disemadikan bersebelahan isterinya.



Jumlah anak yatim di Indonesia seperti Alviano kian bertambah cepat sedang negara ini terus merakam angka kematian Covid-19 harian, antara yang tertinggi di dunia. 



Kes kematian pada Sabtu (7 Ogos) adalah 1,588 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini adalah 105,598 kes sejak pandemik ini bermula tahun lalu. Lebih 3.6 juta individu sudah dijangkiti sejauh ini.



Menteri Ehwal Sosial Indonesia, Tri Rismaharini, berkata pada Khamis sekurang-kurangnya 11,045 kanak-kanak di merata negara sama ada kehilangan satu atau kedua-dua ibu bapa kerana koronavirus sehingga 20 Julai lalu.



Timbalan Ketua Impak dan Dasar Program di badan Save the Children Indonesia, Encik Tata Surajat, menganggarkan berdasarkan data kematian rasmi, sehingga Selasa, sekurang-kurangnya 15,229 kanak-kanak sudah menjadi anak yatim kerana koronavirus tetapi merasakan angkanya mungkin lebih tinggi.



Sesetengah kanak-kanak ini boleh bergantung pada saudara-mara atau keluarga berangkai mereka untuk menjaga mereka. Yang lain pula kurang bernasib baik dan dibiarkan tanpa ada pakaian, makanan atau pendidikan buat masa depan mereka.



Sedang huraian yang ditawarkan negara seperti pengambilan anak angkat, jagaan anak angkat dan rumah anak yatim ada, pakar di Indonesia berkata, jagaan berpangkalan keluarga, sebagai contoh, oleh datuk dan nenek si anak, kakal sebagai pilihan terbaik.



"Menghantar anak-anak ini ke rumah anak yatim haruslah menjadi pilihan terakhir, sepertimana dalam rangka kerja jagaan alternatif kita, di mana kita harus cuba mendekati keluarga terdekat terlebih dahulu," ujar Encik Tata kepada akhbar The Straits Times.



Beliau akur bahawa kanak-kanak ini mengalami kesan emosi dan psikologi daripada kematian ibu bapa mereka termasuk perasaan kehilangan dan kesedihan dan ini menjadi lebih buruk apabila mereka dipisahkan daripada atau ditinggalkan anggota keluarga mereka.



Encik Nahar yang merupakan pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam ehwal perlindungan kanak-kanak di Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, berkongsi pandangan Encik Tata.



"Di Indonesia, hubungan kekeluargaan agak kuat. Kami percaya kanak-kanak boleh diasuh oleh keluarga berangkai  atau keluarga besar mereka," jelasnya.



Di Jawa Timur, di mana lebih 5,400 kanak-kanak menjadi anak yatim kerana pandemik Covid-19, agensi pemerkasaan wanita, perlindungan kanak-kanak dan penduduk berusaha menawarkan sokongan psikologi menerusi kaunseling.



Ia juga merancang mengadakan latihan keusahawanan asas sebagai contoh mengenai cara menghasilkan snek atau membuat sabun bagi mempersiapkan individu berusia antara 15 dengan 17 tahun bagi pekerjaan.



"Kami akan menyediakan sokongan kerana kami risau tentang impak negatif jika mereka terbiar sendiri," kata ketua agensi berkenaan, Dr Andriyanto.



Beliau melahirkan keprihatinan jika kanak-kanak yang terbiar ini akan menjadi mangsa penyalahgunaan dadah, perkahwinan kanak-kanak, jenayah atau radikalisme.



Mujurlah bagi Alviano, dia terus membesar dikelilingi keluarganya.



Dia kini tinggal bersama Encik Yatin dan saudara-mara lain di Sragen, Jawa Tengah, dan seronok bermain bola dengan kanak-kanak lain di kejiranan barunya itu.



Namun, dia masih lagi cuba mengatasi kesedihan kehilangan ibu bapanya yang meninggal dek Covid-19 itu.



"Tuk, saya masih tidak percaya ibu bapa saya sudah tiada,...dia beritahu saya dua kali tentang perkara ini," kata Encik Yatin.



Beliau tahu cucunya itu bercita-cita menjadi juruterbang.



"Dia pernah beritahu saya kalau dia ada banyak wang, dia akan belikan kami telefon bimbit. Insya-Allah, dia akan capai impiannya itu," jelas Encik Yatin. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >