Beberapa bulan selepas kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum (PRU) Malaysia tahun lepas, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dalam kegelapan mengenai sebab pengund menolaknya.
Sambil melahirkan rasa sedih atas perubahan yang berlaku, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pengundi di pulau bebas cukai, Langkawi di Kedah, di mana beliau gagal mengekalkan kerusi parlimennya.
"Saya telah diundi dan kehilangan 14,000 undi. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan salah. Apa yang saya buat?"katanya yang dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times.
Dalam pilihanraya negara pada 19 November, Dr Mahathir, bekas perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, memperoleh hanya 4,566 undi serta kehilangan wang simpanannya kepada Encik Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional yang mendapat sokongan 25,463 pengundi.
Ia adalah kekalahan pertama bagi tokoh berusia 98 tahun itu dalam pilihan raya parlimen Malaysia sejak 1969.
Dr Mahathir mengakui bahawa keputusan itu "sedikit mengecewakan", terutamanya kerana beliau telah melakukan banyak perkara untuk membangunkan pulau itu.
"Saya tidak merajuk, tetapi saya melakukan banyak perkara untuk Langkawi," luah beliau.
Kekalahan Dr Mahathir berlaku walaupun terdapat penghargaan yang meluas atas sumbangannya di Langkawi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg