Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Sebahagian besar Bangladesh terputus bekalan elektrik

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



DHAKA: Bekalan elektrik terputus hampir seluruh Bangladesh tengahari semalam, apabila grid elektrik mengalami kerosakan, menjejas sekitar 140 juta penduduk negara itu, menurut syarikat pembekal elektrik milik pemerintah.



Grid itu mula mengalami kerosakan pada 2 petang semalam waktu tempatan.



Selain beberapa bahagian di wilayah barat daya negara itu, "hampir seluruh Bangladesh terjejas tanpa bekalan elektrik," kata jurucakap Lembaga Pembangunan Tenaga, Encik Shameem Hasan.



"Kami cuba memulihkan sistem bekalan," kata Encik Shameem, sambil menambah bahawa bekalan yang dapat disediakan sekarang adalah sekitar 4,500 megawatts (MW), sedangkan permintaan bagi seluruh negara adalah 14,200 MW.



Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kerosakan grid itu, ujar beliau.



Menteri Muda Teknologi, Encik Zunaid Palak, berkata melalui halaman Facebook, bekalan tenaga akan dipulihkan sekitar jam 8 malam di ibu kota Dhaka, yang mempunyai penduduk seramai 22 juta orang.



KRISIS TENAGA



Harga bekalan tenaga yang memuncak telah mencetuskan kekecohan di kalangan pembekal elektrik di negara Asia Selatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



Pembekal mengalami kesulitan mendapatkan sumber bekalan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan.



Susutnya nilai mata wang dan berkurangnya jumlah simpanan tukaran wang asing, mengakibatkan Bangladesh tidak berupaya membeli bahan bakar, memaksa beberapa janakuasa diesel ditutup, dan beberapa stesen kuasa gas terbengkalai.



Pemerintah telah menguatkuasakan catuan bekalan tenaga berpanjangan bagi menjimatkan stok bekalan pada Julai lalu, hingga bekalan elektrik terputus selama 13 jam setiap hari.



Puluhan ribu masjid di merata negara telah diminta supaya mengurangkan penggunaan alat hawa dingin bagi meringankan tekanan terhadap grid elektrik.



Kemarahan orang ramai memuncak, mengakibatkan tunjuk-tunjuk perasaan besar-besaran di jalan raya di ibu kota Dhaka.



Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh semasa tunjuk perasaan itu, membantah kenaikan kos sara hidup.



Kira-kira 100 yang lain cedera apabila polis cuba meleraikan himpunan bantahan itu, menurut parti pembangkang Parti Nasionalis Bangladesh.



Inflasi pengguna telah menjejas perbelanjaan keluarga dan pemerintah baru-baru ini berikrar untuk menetapkan harga beberapa bahan makanan termasuk beras, bagi meredakan kemarahan umum.



Kali terakhir rakyat Bangladesh mengalami gangguan bekalan elektrik seburuk itu adalah pada November 2014, apabila sekitar 70 peratus kawasan di negara itu terputus bekalan selama 10 jam. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >