Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sebahagian besar ketua menteri yang ditahan sudah dibebas junta

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Sebahagian besar ketua menteri bagi negeri dan rantau di Myanmar telah dibebaskan pihak tentera pagi semalam, sehari selepas mereka ditahan, seorang pegawai kanan tentera memberitahu agensi berita Xinhua, semalam.



Dalam rampasan kuasa yang berlaku, pihak tentera Myanmar telah menahan pemimpin pemerintah, ketua menteri negeri dan rantau negara itu serta anggota eksekutif pusat Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) awal pagi kelmarin.



"Terdapat rombakan di kalangan ketua menteri dengan pelantikan mereka yang sesuai," kata pegawai tentera itu.



Kementerian Ehwal Luar China dalam pada itu berkata semua tindakan oleh masyarakat antarabangsa harus menyumbang kepada kemantapan sosial dan politik Myanmar dan mengelak daripada meningkatkan ketegangan.



Jurucakap kementerian ehwal luar China, Encik Wang Wenbin, membuat ulasan itu apabila ditanya wartawan tentang intipati mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, pegawai kanan parti NLD, Dr May Win Myint, berkata jawatankuasa parti juga menggesa pihak tentera mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu dan membenarkan parlimen bersidang.



Tekanan terus dihadapi rejim tentera Myanmar dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyifatkan rampasan kuasa tersebut sebagai satu serangan langsung ke atas peralihan Myanmar ke arah demokrasi dan mendukung undang-undang.



"Kami akan bekerja bersama-sama rakan-rakan kami di serata rantau dan dunia untuk menyokong pengembalian demokrasi dan pelaksanaan undang-undang, serta mempertanggungjawabkan mereka yang menyebabkan penggulingan demokrasi Burma (merujuk kepada Myanmar)," kata Encik Biden dalam satu kenyataannya.



Myanmar adalah antara ujian besar pertama Encik Biden sejak dilantik presiden, yang telah berikrar untuk menjalin kerjasama lebih baik dengan sekutu Amerika dalam menangani cabaran antarabangsa, terutamanya dalam menghadapi kebangkitan China.



Anggota tentera bersenjata mengawal ibu kota, Naypyidaw, di mana Cik Suu Kyi dan pemimpin kanan NLD ditahan sebelum berlangsungnya persidangan parlimen.



Anggota tentera juga ditempatkan di luar asrama untuk anggota parlimen (AP) di Naypyidaw, dengan seorang AP NLD menyifatkannya sebagai satu "pusat tahanan terbuka".



"Kami tidak dibenarkan untuk ke luar," katanya kepada agensi berita AFP menerusi panggilan telefon, dan meminta identitinya dirahsiakan kerana bimbang dengan tindakan pihak tentera.



"Kami sangat bimbang," ujarnya.



Cik Suu Kyi dan Presiden Win Myint dikenakan tahanan dalam rumah, namun tidak pasti di mana mereka ditempatkan.



Meskipun diancam, satu kenyataan yang dimuatnaikkan ke laman Facebook NLD telah mendesak pembebasan Cik Suu Kui dan semua yang ditahan.



"Kami melihat ini sebagai satu kotoran bagi sejarah Negara dan Tatmadaw," katanya, yang merujuk kepada nama tentera Myanmar dalam bahasa Burma.



Kenyataan itu juga mendesak pihak tentera "mengiktiraf" keputusan pilihan raya umum 2020 yang telah disahkan.



Bagaimanapun, pihak tentera mengesahkan rampasan kuasa itu dibuat kerana timbulnya penipuan berleluasa dalam pilihan raya yang diadakan tiga bulan lalu di mana NLD menang besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >