Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sebahagian rakyat M'sia tiada simpanan untuk kecemasan

Tiga daripada empat didapati sukar mengadakan walau RM1,000 ($317)
Apr 12, 2017 | 09:05 AM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mendedahkan dapatan kajian celik kewangan yang menunjukkan tiga daripada empat rakyat Malaysia didapati sukar mengadakan walau RM1,000 ($317) bagi kecemasan, lapor laman berita The Malaysian Insight, hari ini.



Kaji selidik BNM 2015 juga menunjukkan majoriti rakyat Malaysia cenderung berhabis untuk kepuasan segera dan bukannya merancang untuk jangka panjang. Hanya satu daripada empat mempunyai sebarang bentuk pelaburan.



Dapatan itu sepadan dengan kajian awal The Malaysian Insight, yang mendapati pegawai awam berpangkat rendah tidak dapat menyimpan wang setiap bulan selepas membelanjakannya untuk keluarga.



Penjawat awam berkata mereka tidak dapat menyimpan kerana pendapatan tidak seiring dengan kos sara hidup yang meningkat.



Wang simpanan yang sedikit dihabiskan apabila berhadapan saat kecemasan kecil, seperti membaiki kenderaan atau menggantikan perkakas elektrik.



Bagaimanapun, ahli ekonomi dan aktivis ditemuramah The Malaysian Insight berkata, kadar tabungan yang rendah lebih berkaitan dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah dan bukannya tahap celik kewangan yang rendah.



Pakar ekonomi, Encik Ali Salman berkata: "Simpanan ada kaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan. Jika perbelanjaan naik tetapi pendapatan tidak meningkat secara berkadaran, akan berlaku penyimpanan yang sedikit."



Data kerajaan sendiri menunjukkan pendapatan purata bagi setiap individu jatuh sebanyak 15 peratus daripada AS$10,345 ($14,525) pada 2013 kepada AS$8,821 ($12,385) pada 2016, kata Encik Ali daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).



Pejuang hal ehwal pengguna, Encik Paul Selva Raj, menyokong pemerhatian ini, mengatakan perancangan kewangan yang lemah bukanlah punca utama rendahnya kadar simpanan.



"Faktor lain yang penting adalah kenaikan harga barangan. Ini termasuk makanan, produk dan perkhidmatan isi rumah, kata Encik Selavaraj, setiausaha agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia.



Kajian itu didedahkan Timbalan Gabenor Bank Negara, Encik Abdul Rasheed Ghaffour, ketika berucap pada majlis pelancaran modul pengajaran "Pengurusan Kewangan untuk Persaraan" pada 7 April lalu.



Faktor penting lain yang dimasukkan kajian itu adalah majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan sepatutnya dalam hal kewangan bagi membuat keputusan.



"Kebanyakan rakyat Malaysia menyatakan mereka akan berhadapan tekanan kewangan jika hilang sumber pendapatan," kata Encik Rasheed.



"Bagi individu dan isi rumah, celik kewangan merupakan satu kemahiran hidup yang penting. Mereka yang membuat keputusan kewangan bijak berpotensi lebih berdaya tahan dan berakhir dengan standard hidup lebih tinggi bagi menjalani kehidupan sepanjang hayat, termasuk semasa tempoh persaraan."



Kajian Fomca sendiri mendapati 47 peratus daripada responden berkata mereka hidup di luar kemampuan.



Bersara miskin



Keupayaan rakyat Malaysia bersara dengan simpanan mencukupi juga menjadi isu, kerana BNM mendapati hanya 40 peratus bersedia dari segi kewangan untuk persaraan, kata Encik Rasheed lagi.



"Umumnya, golongan muda berusia antara 20 hingga 35 tahun melihat perancangan kewangan jangka panjang hanya terpakai bagi tempoh 10 hingga 20 tahun.



"Fokus perbincangan kumpulan dengan pesara baru-baru ini menunjukkan mereka masih akan bergantung kepada anak-anak atau membeli menggunakan kad kredit jika berlaku kecemasan atau bagi barangan bernilai tinggi."



Tinjauan The Malaysian Insight di kalangan penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menyokong fakta ini.



"Kebanyakan pengguna di Malaysia tidak mempunyai wang untuk kecemasan, apatah lagi bersara," kata Encik Selvaraj.



Encik Zainal, tukang kebun majlis tempatan ditemui The Malaysian Insight berkata, beliau "menyerahkannya kepada takdir dan anak-anaknya" apabila ditanya mengenai wang simpanan untuk persaraan.



Seorang lagi pesara kerajaan, Encik Karim, berkata dia tidak dapat bergantung kepada anaknya untuk bantuan kewangan kerana mereka sendiri mempunyai masalah untuk terus bertahan di Lembah Klang.



Encik Zainal dan Encik Karim hanya memberikan nama pertama mereka kerana kakitangan awam tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media.



"Anak-anak memberi saya wang apabila saya memerlukannya. Tetapi bulan berikutnya, mereka pula meminjam daripada saya. Jadi, pada akhirnya, ia sama sahaja. Saya tidak mendapat sebarang wang tambahan."



Encik Ali berkata, beliau mempunyai skim insurans berpatutan yang mampu menjadi bantuan kepada pengguna menangani kenaikan mendadak dalam perbelanjaan disebabkan hal kecemasan. - The Malaysian Insight




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >