Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sehingga Mac, 39 AP tukar parti selepas PRU 2018

Jul 4, 2022 | 5:30 AM
e2ade886-b9f1-4d5d-9d21-863bdaf8f251
-

SEHINGGA hujung Mac lalu, sejumlah 39 Anggota Parlimen (AP) Malaysia telah bertukar parti selepas pilihan raya umum Mei 2018.

Pelompatan parti itu, kata pengamat, telah menyebabkan ketidakstabilan politik di negara itu, dengan tiga perdana menteri secara berganti-ganti dilantik dalam tempoh tersebut.

Seramai 39 AP itu mewakili 17.6 peratus daripada 222 AP sedia ada, dengan Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan paling ramai AP sejak 2018.

Menukar parti politik atau mengisytiharkan diri sebagai AP bebas dibenarkan di Malaysia pada masa ini.

Bagi menghentikan langkah lompat parti itu, kerajaan Malaysia telah merangka pindaan di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 mengenai Anti Lompat Parti.

AP terbaru yang melompat parti ialah Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang melompat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada pilihan raya 2018, gabungan empat parti Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya itu dan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menterinya.

Kira-kira 15 AP Umno kemudian meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu, salah satu parti komponen PH yang diketuai Dr Mahathir.

Namun, pada Februari 2020, kebanyakan AP Bersatu meninggalkan perikatan PH, dan bekerjasama dengan 11 AP PKR yang meninggalkan parti itu.

Bersatu dan pemberontak PKR itu bergabung dengan Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan membentuk kerajaan yang diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjadi perdana menteri seterusnya pada 1 Mac 2020.

Tetapi, kerajaan Tan Sri Muhyiddin sendiri tumbang pada Ogos 2021, dengan sebilangan pemimpin Umno bergabung dengan naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang kemudian dilantik sebagai perdana menteri ketiga negara itu dalam tempoh lebih sedikit tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg