Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekali lagi Anwar pertahan pelantikan anak

Feb 8, 2023 | 5:30 AM
CIK NURUL IZZAH: Dilantik penasihat kanan dalam bidang ekonomi. - Foto fail
CIK NURUL IZZAH: Dilantik penasihat kanan dalam bidang ekonomi. - Foto fail -

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mempertahankan keputusan melantik anaknya, Cik Nurul Izzah, sebagai penasihat kanannya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Bahkan, Datuk Anwar memberi jaminan bahawa mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak akan menyalahgunakan kedudukannya itu.

Menurutnya, beliau ambil peduli dengan respons daripada rakyat, namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan (bayaran).

"Saya sudah beri penjelasan. Satu, dia tidak akan menerima sebarang imbuhan.

"Dua, tidak ada kemungkinan dia menggunakan jawatan itu untuk mempengaruhi keputusan mengenai tender atau kontrak.

"Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya, tetapi biarpun begitu, biar saya tegaskan bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus (baik) dan banteras rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin.

Stesen Astro Awani pada 29 Januari lepas melaporkan Naib Presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar, mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Datuk Anwar kemudian menjelaskan beliau sendiri mempelawa Cik Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg