Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekatan atas Russia perlu demi lindungi Jepun juga: Mantan menlu

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Sekatan yang dikenakan Jepun ke atas Russia kerana menyerang Ukraine adalah perlu meskipun ia menjejas bekalan tenaga, kata mantan ketua pertahanan dan menteri luar Jepun, Encik Taro Kono.



Ini kerana pada suatu hari kelak Tokyo mungkin memerlukan negara-negara sekutu untuk mengimbangi China di Asia Timur, ujar beliau.



"Kita perlu memberitahu orang di Jepun bahawa untuk melindungi diri kita, kita juga perlu membantu orang lain," kata Encik Kono kepada agensi berita Reuters.



"Jika ada sebarang serangan di mana-mana di bumi ini, kita perlu menghentikannya," ujar beliau lagi.



Jepun menganggap China sebagai ancaman terbesarnya, diikuti Korea Utara dan Russia.



Beberapa pegawai di Tokyo, ternasuk Encik Kono, bimbang serangan Russia ke atas Ukraine akan membuat China lebh berani untuk bertindak ke atas Taiwan juga.



Taiwan, yang dianggap Beijing sebagai wilayahnya yang memberontak dan harus disatukan semula dengannya, termasuk melalui kekerasan jika perlu, terletak hanya kira-kira 100 kilometer dari pulau Jepun yang terdekat.



Jika Beijing menawannya, ia akan membuat angkatan tentera China berada dalam kedudukan sangat dekat dengan laluan perdagangan kelautan yang mendukung ekonomi Jepun.



Sementara itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin mengarahkan Russia menghentikan perangnya di Ukraine.



Menurut Agensi Berita Anadolu, keputusan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague itu diputuskan dengan 13 undi menyokong dan dua menolak.



"… Persekutuan Russia harus segera menggantung operasi ketenteraan yang dimulakannya pada 24 Februari 2022 di wilayah Ukraine", sementara menanti keputusan muktamad bagi kes ini, hakim pengerusi Joan Donoghue memberitahu ICJ.



Bahagian kedua keputusan itu dimuktamadkan juga 13 undi menyokong dan dua menolak. Keputusan itu memerintahkan Moscow memastikan tentera atau unit bersenjata tidak rasmi "tidak mengambil langkah lanjut" dalam melanjutkan serangannya.



ICJ ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua bagi memutuskan pertikaian antara negara anggota PBB.



Walaupun keputusannya mengikat, ia tidak mempunyai cara sebenar untuk menguatkuasakannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >