Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekatan Covid-19 dilonggar di Beijing

Boleh makan di premis makanan, buka gimnasium, dan tidak perlu hasil ujian Covid-19 negatif untuk masuk tempat awam tertentu
Dec 8, 2022 | 5:30 AM
DIBENARKAN SEMULA: Pelanggan berpelitup di sebuah pasar raya di Beijing, sedang pihak berkuasa mengumumkan orang ramai tidak perlu menunjukkan ujian Covid-19 negatif untuk memasuki tempat awam seperti pusat beli-belah dan pasar raya mulai kelmarin. - Foto EPA-EFE
DIBENARKAN SEMULA: Pelanggan berpelitup di sebuah pasar raya di Beijing, sedang pihak berkuasa mengumumkan orang ramai tidak perlu menunjukkan ujian Covid-19 negatif untuk memasuki tempat awam seperti pusat beli-belah dan pasar raya mulai kelmarin. - Foto EPA-EFE -

BEIJING: Ibu negara China ini telah membenarkan semula orang ramai menjamu selera di premis makanan dan minuman, bar dan restoran serta membuka semula gimnasium, dalam satu langkah pelonggaran sekatan Covid-19 ketara serta lebih teratur sejak hampir sebulan lalu.

Hasil ujian Covid-19 negatif juga tidak lagi diperlukan untuk pergi lebih banyak tempat awam, termasuk kawasan dan premis perumahan serta desa; pasar raya; pusat beli-belah; dan bangunan pejabat, lapor The Straits Times.

Beberapa kawasan di luar Beijing beberapa minggu lalu melarang orang luar memasuki desa mereka secara proaktif demi menyekat penularan Covid-19.

Namun, di kawasan dilawati lebih ramai orang, seperti restoran, bar karaoke, gimnasium dan spa, serta pusat jagaan kesihatan dan tajaka, pelawat masih perlu menunjukkan hasil negatif sebelum dibenarkan masuk.

"Unit penting dan acara besar boleh membuat keputusan, berdasarkan keperluan mereka, keperluan pemeriksaan yang mereka ingin tetapkan," kata Pemerintah Perbandaran Beijing dalam satu pengumuman.

Restoran juga telah diberitahu pelanggan boleh menjamu selera di dalam premis mereka - yang dihentikan di hampir seluruh kota bulan lalu apabila terdapat lonjatan kes jangkitan di daerah ramai penduduk Chaoyang.

Kelmarin, Beijing melaporkan 1,431 kes jangkitan baru Covid-19, termasuk 122 kes dalam masyarakat.

Sementara itu, satu lagi pengumuman pihak berkuasa menyatakan subsidi dan pengecualian cukai bagi beberapa perniagaan tertentu di kota itu akan dilanjutkan.

Ia menambah bahawa sa-tu 'senarai putih' bagi beberapa perniagaan akan ditambah agar firma tertentu boleh terus beroperasi meskipun langkah kawalan Covid-19 sedang berkuat kuasa.

Peraturan terkini yang diumumkan kelmarin itu jauh lebih teratur berbanding arahan yang dikeluarkan hujung minggu lalu.

Meskipun Jumaat lalu ia memberitahu orang ramai hasil ujian Covid-19 negatif tidak perlu untuk menaiki pengangkutan awam mulai Isnin, orang umum masih perlu mendapatkan hasil negatif dalam tempoh 48 jam sebelum memasuki bangunan pejabat, pusat beli-belah dan taman.

Lantaran itu ramai penduduk bergegas untuk menjalani ujian Covid-19 hujung minggu lalu, agar mereka dapat pergi ke kerja. Namun, penguasa tempatan telah menutup beberapa pusat pemeriksaan di tepi jalan dan hanya membuka pusat pemeriksaan di kawasan kejiranan, hingga menyebabkan ramai penduduk beratur panjang di pusat ujian tersebut.

Beban lebih besar dialami syarikat pengendali ujian Covid-19 itu, menyebabkan ramai penduduk tidak menerima hasil ujian mereka hingga dua hari kemudian.

Sampel ujian swab virus itu dikumpul dalam tiub-tiub mengandungi 10 sampel setiap satu sebelum dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Hingga minggu lalu, apabila terdapat sampel positif dalam tiub berkenaan, ia bermakna kesemua 10 individu yang sampel mereka mengongsi tiub sama - tidak kira hasil ujian sebenar mereka - akan menyaksikan blok perumahaan mereka dikepung bagi menyekat jangkitan.

Ini menyebabkan satu trend fenomena dipanggil "janji temu tiub", iaitu seramai 10 individu bebas koronavirus itu akan menjalani ujian bersama-sama, agar dapat mengelakkan risiko me-ngongsi tiub yang mempunyai sampel positif.

Walaupun pusat pemeriksaan percuma telah dikerah semula di seluruh kota, terdapat perubahan dari segi cara kes positif dikendali.

Meskipun tiada pengumuman rasmi hingga kini, ada beberapa kejadian di mana kes positif dibenarkan pulih di rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg