Sekatan Covid-19 ditarik balik di Victoria sedang Sydney catat kes harian tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekatan Covid-19 ditarik balik di Victoria sedang Sydney catat kes harian tinggi

Jul 28, 2021 | 5:30 AM

Sekatan Covid-19 ditarik balik di Victoria sedang Sydney catat kes harian tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PERIKSA PENDUDUK: Polis di Sydney melakukan rondaan dan pemeriksaan ke atas penduduk di kawasan Bondi Beach sedang bandar itu masih di bawah sekatan pergerakan Covid-19. - Foto REUTERS
PERIKSA PENDUDUK: Polis di Sydney melakukan rondaan dan pemeriksaan ke atas penduduk di kawasan Bondi Beach sedang bandar itu masih di bawah sekatan pergerakan Covid-19. - Foto REUTERS -

CANBERRA/SYDNEY: Negeri Victoria di Australia mengatakan semalam ia akan menarik balik sekatan ketat setelah berjaya membendung penyebaran Covid-19.

Sementara negeri jiran New South Wales (NSW) pula menghadapi kemungkinan sekatan dilanjutkan setelah kes harian melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan.

Lebih separuh daripada hampir 26 juta penduduk Australia telah dikenakan sekatan pergerakan dalam beberapa minggu lalu setelah munculnya varian virus Delta yang amat berjangkit di ibu kota NSW, Sydney, dan kemudian merebak ke tiga negeri.

NSW melaporkan 172 kes Covid-19 dalam 24 jam lalu, meningkat dari 145 sehari sebelumnya, dengan sekurang-kurangnya 60 daripada mereka meluangkan masa dalam kalangan masyarakat semasa berjangkit.

Ketua Menteri NSW, Cik Gladys Berejiklian, mengatakan keputusan melanjutkan sekatan lima minggu akan diambil minggu ini.

Tetapi dengan kurang 13 peratus penduduk negeri itu telah diberi vaksin sepenuhnya, sekatan dijangka kekal.

"Kami tahu kami telah melakukan kerja yang sukar selama lima minggu dan kami tidak mahu sia-siakan semua kerja baik yang kami lakukan dengan membuka semula terlalu awal dan kemudian menyebarkan virus itu lagi," kata Cik Berejiklian pada sidang media.

Sebaliknya, negeri Victoria mengatakan kebanyakan sekatan yang dikenakan pada 15 Julai akan ditiadakan mulai hari ini setelah negeri itu mencatat hanya 10 jangkitan dalam kalangan mereka yang dikuarantin.

"Secara keseluruhan, ini adalah hari yang baik," kata Ketua Menteri Victoria, Encik Daniel Andrews, kepada wartawan di Melbourne.

Seramai lima juta penduduk Victoria kini dibenarkan keluar rumah dengan bebas dan sekolah akan dibuka semula, walaupun rumah tidak akan dibenarkan menerima pengunjung.

Negeri Australia Selatan pula mengatakan ia juga akan menarik balik sekatan mulai hari ini setelah mencatat sifar kes Covid-19 dalam 24 jam lalu.

Tindakan sekatan telah meningkatkan prospek Australia mencatat kemelesetan ekonomi yang kedua dalam dua tahun, walaupun Menteri Kewangan Josh Frydenberg semalam mengatakan perbincangan mengenai perkara itu masih terlalu awal.

Minggu lalu, Encik Frydenberg mengatakan ekonomi negara itu bernilai A$2 trilion ($2 trilion) dijangka mengecut dalam perangkaan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) terbaru, dengan sekatan itu menelan kos sekitar A$300 juta sehari.

Penjejakan yang cepat, peraturan jarak sosial yang ketat dan perintah sekatan telah membantu Australia mengekalkan jumlah Covid-19 yang rendah, dengan hanya 33,100 kes dan 920 kematian sejak wabak itu kali pertama muncul pada awal 2020.

Namun penularan di Sydney, telah menyaksikan kenaikan kemasukan ke hospital dan 10 kematian dalam beberapa minggu lalu.

Di NSW, 169 orang berada di hospital dengan virus tersebut, dengan 46 orang berada dalam rawatan intensif. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg