Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekatan dilaksana semula di beberapa bandar

Jun 30, 2021 | 5:30 AM
SEPI DAN LENGANG: Keadaan di jalanan di pusat bandar Sydney, Australia, semalam. Lebih lima juta orang di kawasan Greater Sydney dan sekitarnya menjalani perintah sekatan 14 hari sedang pihak berkuasa kesihatan berusaha membendung penularan Covid-19. - Foto EPA-EFE
SEPI DAN LENGANG: Keadaan di jalanan di pusat bandar Sydney, Australia, semalam. Lebih lima juta orang di kawasan Greater Sydney dan sekitarnya menjalani perintah sekatan 14 hari sedang pihak berkuasa kesihatan berusaha membendung penularan Covid-19. - Foto EPA-EFE -

PERTH: Pemerintah Australia Barat (WA) telah melaksana perintah sekatan penuh selama empat hari ke atas dua daerahnya, Perth dan Peel, bagi membendung penularan varian Delta koronavirus Covid-19 yang mudah berjangkit, lapor akhbar The West Australian kelmarin.

Ketua Menteri WA, Encik Mark McGowan, mengadakan sidang media pada 8 malam kelmarin bagi mengumumkan pertambahan kes jangkitan Covid-19.

Ia melibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tahun yang bekerja dan menikmati makanan di Indian Ocean Brewery di Mindarie pada Selasa minggu lalu sedadng seorang wanita berusia 59 tahun - yang dijangkiti Covid-19 di sebuah kafe di Bondi - juga berada di situ.

Ketua Menteri itu berkata ia membimbangkan kerana lelaki berkenaan hanya "berhubungan secara sambil lalu sahaja" dengan kes asal.

Ini menjadikan kes ketiga yang dikaitkan dengan penularan yang berlaku.

Encik McGowan berkata perintah sekatan akan berakhir "paling kurang" selama empat hari dari 12.01 tengah malam hingga Selasa.

Orang ramai akan hanya dibenarkan keluar rumah untuk bekerja kerana tidak boleh bekerja dari rumah, membeli-belah untuk keperluan harian seperti barangan makanan dan perubatan, memenuhi keperluan perubatan dan penjagaan kesihatan, disebabkan keihsanan atau mahu menjalani vaksinasi.

Senaman di luar rumah juga dihadkan kepada sejam sehari dan untuk dua orang sahaja, tidak termasuk kanak-kanak, dari isi rumah yang sama.

Sekolah akan kekal dibuka, sementara tiada pengunjung dibenarkan berada di rumah kebajikan kecuali untuk keperluan segera, penyenggaran kritikal, bagi keperluan asuhan atau dasar ihsan.

Encik McGowan berkata telah menjadi amalan di WA untuk membiarkan sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak dibuka dan terserah pada ibu bapa untuk menghantar anak mereka atau tidak ke tjaka.

"Kami tidak mahu satu keadaan di mana kanak-kanak diarah pulang semasa di pintu pagar kerana ia bergantung pada apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa mereka untuk menyara hidup.

"Jadi, secara umumnya nasihat kami ialah sekolah dijadikan tempat yang selamat selagi boleh," katanya.

Peningkatan kes Covid-19 di beberapa bandar di Australia menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengenakan sekatan di kawasan yang sebelum ini tidak mengenakan peraturan kawalan penyakit ketat.

Secara umumnya, Australia berjaya mengekang penyebaran jangkitan namun kini berdepan beberapa kes jangkitan baharu di sekurang-kurangnya empat bandar.

Kes baharu dilaporkan di Brisbane, Darwin, Perth dan Sydney dari-ada varian Delta kelmarin - yang dipercayai merebak di Australia dari tempat kuarantin yang dibuka kepada pelancong yang tiba di negara itu.

Kes jangkitan terbesar berlaku di Sydney, dengan 130 orang disahkan positif Covid-19 selepas seorang pemandu kru penerbangan antarabangsa didiagnosis dijangkiti wabak itu pertengahan bulan ini, menyebabkan penduduk bandar itu kini di perintah tidak keluar rumah selama dua minggu.

Darwin dan bandar sekitarnya dikenakan perintah berkurung 48 jam yang sepatutnya berakhir Selasa lalu, tetapi di sambung hingga Jumaat ini, selepas tujuh kes dikesan membabitkan kumpulan pelombong emas di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri Wilayah Utara, Encik Michael Gunner, berkata kali pertama kes Covid-19 dikesan di kawasan pedalaman membabitkan penempatan penduduk Orang Asli.

"Risiko kepada kumpulan masyarakat ini menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam. Kami sekarang berada dalam masa sangat kritikal. Kita mesti terus berada di rumah bagi menyekat virus ini dari terus merebak," katanya.

Beliau turut menggesa Orang Asli yang tinggal di daerah terpencil supaya tidak melakukan perjalanan ke Darwin.

Pihak berkuasa bandar Perth dan Brisbane turut mengenakan perintah sekatan dan mewajibkan pemakaian pelitup.

Turut disekat acara perjumpaan sosial yang dikenakan ke atas lebih dua juta orang di Brisbane dan kawasan sekitarnya. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg