Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekatan Suez dorong bayaran kapal naik

Beberapa kapal tangki minyak, LNG terpaksa dipesongkan
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



ISMAILIYA (Mesir): Kadar bayaran perkapalan kini melonjak susulan kejadian kapal kontena yang 'tersangkut' di tengah-tengah Terusan Suez, mengakibatkan urusan perdagangan dunia terkandas dan kapal muatan perlu menggunakan laluan lebih jauh mengharungi 'Tanduk Afrika' buat beberapa ketika.



Kedudukan kapal kontena yang 'tersadai' bak ikan paus terdampar di pantai mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum dapat ditarik keluar, menurut syarikat penyelamat kapal, sedang para pegawai bertugas mengarahkan semua kapal untuk tidak memasuki terusan itu mulai kelmarin.



Kapal muatan kontena berukuran 400m, yang panjangnya hampir menyamai ketinggian Bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat, telah menghadang laluan kapal di kedua-dua arah di salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia yang digunakan kemudahan perdagangan untuk minyak asli, minyak tapis, bijirin dan pelbagai dagangan lain yang menghubungkan Asia dan Eropah.



Sejak lewat kelmarin, syarikat pengorek pasir terus bekerja bagi membawa keluar ribuan tan pasir dari sekeliling haluan kapal.



Dalam pada itu, satu alat pengorek pasir canggih telah digunakan dalam usaha menarik keluar kapal gergasi itu yang terkandas di terusan sejak 23 Mac lalu.



Penghadangan terusan ini telah menyebabkan masalah besar ke atas rantaian bekalan sedunia yang telah pun terjejas teruk oleh ledakan jual-beli secara elektronik (e-komersial) yang dikaitkan dengan pandemik.



Kira-kira 12 peratus daripada kadar perdagangan sedunia melalui terusan itu, yang begitu strategik, yang pernah menyaksikan kuasa-kuasa dunia berperang kerananya.



Dalam kejadian yang berlaku, kapal kontena yang dimiliki syarikat Taiwan telah melanggar tebing di Terusan Suez selepas angin kencang menyebabkan kapal itu berada di luar laluan, menyebabkan laluan perkapalan terhenti mendadak.



Sekeping gambar dimuat naik kelmarin menunjukkan kapal MV Ever Given yang keluasannya selebar 58 meter, tersekat dalam kedudukan mengiring dan menghalang trafik di sepanjang terusan itu.



"Kapal kontena itu secara tidak sengaja melanggar tebing, disyaki akibat dibadai angin kencang.



"Syarikat menggesa pemilik kapal untuk melaporkan punca kejadian dan sedang berbincang dengan pihak berkaitan, termasuk pihak berkuasa pengurusan terusan bagi membantu kapal itu secepat mungkin," kata operator kapal, Evergreen Marine Corp kepada AFP, kelmarin.



Agensi berita Bloomberg melaporkan insiden itu menyebabkan kesesakan membabitkan lebih 100 kapal yang menjadikan terusan itu sebagai transit.



Pengguna Instagram, Julianne Cona, memuat naik gambar kapal yang tersekat itu daripada kapal Maersk Denver, yang berada di belakang Ever Given.



Laman sesawang perkapalan, Vessel Finder, memaklumkan kapal itu sedang menuju ke Rotterdam, Belanda, dan tidak pasti mengapa ia berhenti bergerak.



"Kapal tunda kini sedang berusaha untuk mengapungkan semula kapal berkenaan," kata Leth Agencies, yang menyediakan khidmat melintasi Terusan Suez, di Twitter.



Terusan Suez yang dikorek lebih 150 tahun lalu, adalah antara laluan perdagangan paling penting di dunia dan menyediakan laluan untuk 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan maritim antarabangsa.



Hampir 19,000 kapal menggunakan laluan itu sepanjang tahun lalu dan membawa kargo lebih satu bilion tan, menurut Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA).



Terusan berkenaan menjadi penyumbang penting kepada ekonomi Mesir sejak beberapa tahun kebelakangan, dan negara itu memperoleh pendapatan AS$5.61 bilion ($7.55 bilion) daripada terusan itu pada 2020.



Lebih dari 30 kapal tangki minyak sedang menunggu di kedua-dua pintu masuk terusan sejak Selasa, menurut data penghantaran Refinitiv.



Kadar perkapalan Aframax dan Suezmax di Mediterania menunjukkan reaksi pertama ketika pasaran mula mengambil kira harga akibat lebih sedikit kapal yang tersedia di rantau ini," kata broker kapal Braemar ACM Shipbroking.



Sekurang-kurangnya empat kapal tangki Long-Range 2 (LR-2) yang sepatutnya menuju ke Suez dari Lembah Atlantik kini mempertimbang laluan di sekitar Cape of Good Hope, kata Braemar ACM.



Setiap kapal tangki LR-2 dapat membawa sekitar 75,000 tan minyak.



Meningkatnya permintaan untuk minyak di Lembah Atlantik di Eropah juga akan meningkatkan penggunaan kapal tangki yang lebih kecil ini dan menyokong kadar pengangkutan, tambahnya.



Kos penghantaran produk bersih, seperti petrol dan diesel, dari pelabuhan Tuapse Rusia di Laut Hitam ke selatan Perancis meningkat dari $ 1.49 setong pada 22 Mac kepada $2.58 setong pada 25 Mac, kenaikan 73 peratus menurut Refinitiv .



Penanda aras indeks perkapalan untuk kapal LR2 dari Timur Tengah ke Jepun, juga dikenali sebagai TC1, telah naik ke 137.5 mata skala dunia pada awal semalam, berbanding dengan 100 mata worldscale minggu lalu, kata Anoop Jayaraj, broker kapal tangki bersih di Fearnleys Singapura.



Begitu juga, indeks untuk kadar pengangkutan untuk kapal jarak jauh 1 (LR1) di laluan yang sama, yang dikenali sebagai TC5, berada pada 130 mata worldscale semalam, naik dari 125 pada akhir minggu lalu.



Worldscale adalah alat industri yang digunakan untuk mengira kadar pengangkutan.



Kesan kelewatan penghantaran di pasaran tenaga mungkin dikurangkan oleh permintaan minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) berada pada musim permintaan rendah, kata para penganalisis.



"Sifat aliran bermusim ini bermakna kita tidak mungkin melihat tekanan terhadap pengirim LNG memindahkan kargo ke timur kerana laluan Cape yang lebih panjang dan lebih murah digemari," kata firma perisik data Kpler.



Beberapa kapal tangki LNG telah dipesongkan, kata seorang broker kapal yang berpangkalan di Singapura, sambil menambah bahawa sentimen untuk kadar kapal tangki LNG lebih positif berikutan kejadian itu. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >