Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



Indonesia tukar dengan India pengerusikan mesyuarat G20 pada 2022



JAKARTA: Indonesia akan mengambil alih sebagai pengerusi Kumpulan Negara-Negara G20 (G20) pada 2022 selepas penukaran peranan itu dengan India, yang akan mempengerusikannya pada 2023, menurut menteri ehwal luar Indonesia.



Cik Retno Marsudi berkata, perubahan pelan itu dipersetujui memandangkan Indonesia akan mempengerusikan mesyuarat negara-negara Asean pada 2023.



"Pada awalnya, kepresidenan Indonesia dijadualkan pada 2023.



"Tetapi, memandangkan 2023 juga Indonesia mempengerusikan Asean, Indonesia berbincang dengan penukaran peranan dengan India," ujarnya dalam satu sidang akhbar. - AFP.




Laksamana tentera laut Amerika lawat Taiwan



TAIPEI: Seorang laksamana muda berpangkat dua bintang yang mengetuai risikan ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik telah mengadakan lawatan secara senyap ke Taiwan, dua sumber memberitahu agensi berita Reuters, dalam satu lawatan peringkat tinggi yang dijangka menimbulkan kemarahan China.



Sumber tersebut, termasuk seorang pegawai Taiwan yang tahu tentang keadaan itu, berkata pegawai tentera berkenaan ialah Laksamana Muda Michael Studeman, pengarah J2, yang memantau risikan di Pusat Pemerintah Tentera Indo-Pasifik Amerika. – Reuters.




China mahu warga ramai anak bagi tangani masalah penuaan



SHANGHAI: China merancang meningkatkan langkah-langkah bagi mendorong kelahiran demi menangani keadaan rakyat negara itu yang semakin tua.



Ia merupakan sebahagian daripada pelan lima tahun 2021-2025 yang dilaporkan media negara itu semalam.



China akan menawarkan dasar meluas termasuk bantuan kewangan bagi menggalak pasangan mempunyai lebih ramai anak, lapor China Daily.



Jumlah warga China berusia 60 tahun ke atas adalah seramai 254 juta tahun lalu atau 18.1 peratus daripada keseluruhan jumlah rakyatnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >