Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



Covid-19: HK tutup pusat hiburan sedang kes naik



HONG KONG: Hong Kong akan menutup pusat hiburan, termasuk bar dan kelab malam, untuk kali ketiga sejak pandemik Covid-19 berlaku, bagi membendung penularan kelompok studio tarian yang semakin melonjak.



Penutupan itu dari hari ini hingga 2 Disember. Ia ditutup pada April dan dari Julai hingga September.



Langkah-langkah lain termasuk memastikan semua majlis jamuan tidak mempunyai lebih 10 meja, meskipun setiap meja boleh diduduki empat orang.



Memohon orang ramai mengurangkan makan di luar dan menghindari perjumpaan, Setiausaha Makanan dan Kesihatan Sophia Chan berkata "keadaan teruk", dengan sumber jangkitan tidak diketahui bagi banyak kes dalam beberapa hari lalu, dan sepertiga pesakit baru tidak bergejala. - The Straits Times.




Covid-19: Kes harian Korea S kekal tiga angka



SEOUL: Korea Selatan melaporkan 382 lagi kes Covid-19 hingga tengah malam kelmarin, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 31,735 di negara itu.



Jumlah harian kes Covid-19 melepasi 300 orang sejak dua hari lalu, iaitu meningkat kepada tiga angka sejak 18 hari lalu. Ia disebabkan kelompok kecil jangkitan di Seoul dan wilayah Gyeonggi serta kes import.



Daripada kes baru, 139 melibatkan penduduk Seoul dan 77 penduduk di Gyeonggi. Sebanyak 19 kes diimport dari luar negara, membawa keseluruhan kes import berjumlah 4,472.



Tiga lagi kematian disahkan, membawa korban berjumlah 513, menjadikan kadar kematian pada 1.62 peratus. - Agensi berita.




Ekonomi China tumbuh 'betul' tahun depan



BEIJING: China dijangka kembali menikmati pertumbuhan ekonomi "betul" tahun depan, kata Perdana Menteri Li Keqiang, menandakan ada perubahan positif selepas kemendapan akibat pandemik Covid-19.



Selepas mengalami gangguan teruk pada suku pertama, ekonomi China kian pulih dan dijangka mencatat pertumbuhan positif tahun ini, kata Encik Li dalam satu taklimat media kelmarin, bersama enam pemimpin institusi ekonomi antarabangsa, termasuk Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WHO).



"Kami menjangka ekonomi China kembali kepada pertumbuhan betul tahun depan. Dasar makro China akan kekal mantap, berkesan dan berkekalan," ujar Encik Li. - Agensi berita.




CDC kaji langkah pendekkan tempoh kuarantin



WASHINGTON: Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mungkin memendekkan tempoh kuarantin kendiri selepas seseorang berkemungkinan terdedah kepada Covid-19, kata seorang pegawai tinggi kelmarin.



Kini, pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan tempoh kuarantin 14 hari untuk mengekang penularan virus itu namun seorang pegawai mengatakan terdapat bukti bahawa tempoh itu dapat dipendekkan jika pesakit diuji bagi virus itu semasa kuarantin mereka.



"Saya ingin mengesahkan bahawa kami terus-menerus meninjau bukti dan kami mula mempunyai bukti bahawa kuarantin lebih pendek yang dilengkapi dengan ujian mungkin dapat memendekkan tempoh kuarantin itu dari 14 hari menjadi jumlah hari yang lebih singkat," kata seorang pegawai kesihatan Amerika dalam satu sidang akhbar.



Namun beliau menambah, keputusan mengubah panduan itu belum muktamad dan pakar masih mengkaji data untuk memastikan perubahan seperti itu tidak akan membahayakan orang ramai. - Reuters.




Perancis mula longgarkan sekatan Covid-19 hujung minggu ini



PARIS: Perancis akan mula melonggarkan sekatan pergerakan Covid-19 pada hujung minggu ini dan menjelang Krismas, kedai, teater dan pawagam akan dibuka semula dengan orang ramai dapat menghabiskan percutian bersama keluarga mereka, umum Presiden Emmanuel Macron kelmarin. Berucap kepada warga negara itu melalui televisyen, Encik Macron berkata episod terburuk daripada gelombang kedua wabak Covid-19 di Perancis telah berakhir, tetapi restoran, kafe dan bar harus ditutup sehingga 20 Januari untuk mengelak pencetus gelombang ketiga.



"Kita mesti melakukan segala-galanya untuk mengelak gelombang ketiga, melakukan segala-galanya untuk mengelak sekatan pergerakan ketiga," kata Encik Macron. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >