Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Nov 28, 2020 | 5:30 AM
8e1bd4ff-73e8-4ad9-8fa3-21f9e1b2656d
-

Britain arah badan penguasa nilai vaksin Covid-19, beri kelulusan untuk edaran

LONDON: Kerajaan Britain semalam berkata ia telah mengarahkan penguasa perubatan bebas untuk menilai vaksin koronavirus AstraZeneca sebagai sebahagian daripada proses kelulusan bagi membolehkan penawar itu diedarkan sebelum hujung tahun ini.

Lebih 1.4 juta orang telah terkorban sejak Covid-19 mula muncul di China lewat tahun lalu, dan tiga pembuat dan pengeluar ubat itu - Pfizer/BioNTech, Moderna dan AstraZeneca/Universiti Oxford - sedang memohon untuk kelulusan bagi vaksin mereka digunakan seawal Disember ini. - Agensi berita.

WHO: Vaksin Covid-19 beri peluang kepada dunia kawal penularan

DUBLIN: Pakar perubatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin kewujudan vaksin Covid-19 akan membolehkan dunia mengawal penularan penyakit itu tahun depan.

"Kehidupan seperti yang kita jalani sebelum ini mungkin dapat dinikmati tetapi kita perlu terus menjaga kebersihan, penjarakan sosial.

"Vaksin tidak bererti sifar Covid-19," ujar Dr Mike Ryan di saluran televisyen RTE di negaranya di Ireland.

Menurut beliau, dengan adanya vaksin selain langkah keselamatan yang diamalkan sekarang, akan membantu membendung penularan penyakit itu. - Reuters.

Victoria bebas Covid-19 selama 28 hari, peluang raikan Krismas

MELBOURNE: Negeri di tengah-tengah penularan terburuk koronavirus, Victoria, tidak berdepan dengan kes jangkitan baru selama 28 hari, sedang negara-negara lain menyaksikan lonjakan kes.

Australia merupakan di antara negara yang mengamalkan perintah duduk di rumah paling ketat di dunia bagi membendung penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat sejak ia berdepan 700 kes sehari semasa kemuncaknya pada awal Ogos lalu.

Ini bermakna Australia akan menjadi sebahagian kecil negara barat yang boleh merayakan Hari Natal dengan sekatan terbatas bagi keluarga yang mahu berkumpul. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg