Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 30, 2020 | 05:30 AM



Boko Haram bunuh 43 pekerja ladang



MAIDUGURI (NIGERIA): Kumpulan militan Boko Haram membunuh sekurang-kurangnya 43 pekerja ladang dan mencederakan enam yang lain di beberapa sawah padi di bandar Nigeria ini, yang terletak di timur laut negara itu.



Militan tersebut mengikat mangsa dan memotong leher mereka di kampung Koshobe, kata sebuah kumpulan anti-Boko Haram.



Presiden Nigeria, Encik Muhammadu Buhari, mengutuk serangan tersebut.



"Seluruh negara terluka oleh pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini," kata beliau. - AFP.




Covid-19: Korea Selatan timbang perketat sekatan



SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan sedang menimbangkan mengetatkan sekatan langkah jarak selamat semalam, dengan mengurangkan kegiatan ekonomi selepas jangkitan virus Covid-19 menular dengan pantas minggu lalu.



Perdana Menteri Chung Sye-kyun dijangka menemui pegawai kementerian kesihatan untuk memutuskan apakah langkah pencegahan jangkitan tersebut perlu diperketat lagi untuk mengurangkan penularan, kata Yonhap News.



Korea Selatan melaporkan 450 jangkitan baru semalam, selepas melaporkan lebih 500 kes baru tiga hari berturut-turut, menurut Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea. - Reuters.




Zahid gesa Umno usah desak jawatan TPM



BAGAN DATUK (Perak): Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam meminta pemimpin dan ahli parti itu jangan mendesak Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dengan memberikan kuota kepada parti itu.



Beliau berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara Perdana Menteri.



"Spekulasi, tafsiran atau sebarang analisis mengenai jawatan timbalan perdana menteri tidak harus dibincang secara umum, walaupun diakui ada dibincangkan dalam mesyuarat parti.



"Hak pelantikan itu adalah hak Perdana Menteri.



"Mana-mana parti boleh meminta tetapi jauhkan daripada mendesak kerana kita harus menghormati kuasa yang ada di tangan Perdana Menteri," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >