Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



Tedros: WHO akan terus cari asal usul Covid-19



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menegaskan akan melakukan segala bagi mencari asal usul haiwan pembawa virus Covid-19, kerana ia penting mencegah wabak itu pada masa hadapan.



Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pertubuhan itu akan terus berusaha mengesan asal usul pandemik Covid-19 dan akan melakukan segalanya bagi tujuan tersebut.



Menurut beliau, badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga meminta pengkritik yang sebelum ini menuduh pertubuhan itu menyerahkan siasatan mengesan asal-usul virus itu kepada China supaya berhenti 'mempolitikkan' isu berkenaan. - AFP.




Pengeluar coklat Hershey, Mars elak bayaran tambahan bantu petani



ABIDJAN: Dua pengeluar koko terbesar di dunia mendakwa pengeluar coklat, Hershey dan Mars, mengelak bayaran tambahan bagi membantu meningkatkan pendapatan petani miskin dan membatalkan skim kelestarian yang dikendalikan oleh syarikat pengeluar coklat.



Negara Afrika Barat, Ghana dan Ivory Coast menyumbang dua pertiga pengeluaran koko sedunia, tetapi berlaku ketegangan berpanjangan mengenai harta bahan mentah itu dengan syarikat berbilang negara Amerika Syarikat.



Majlis Koko Kopi (CCC) dan Lembaga Koko Ghana (COCOBOD) menuduh Mars dan Hershey iaitu dua daripada pengeluar coklat tertinggi di dunia dengan tidak membayar bayaran tambahan yang disebut sebagai 'living income differential' atau perbezaan pendapatan hidup (LID). - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >