Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



Laporan: HSR berakhir di Johor, tanpa S'pura terlibat



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menyambung semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang sudah dua kali tertangguh tetapi tanpa pelibatan Singapura, menurut laman berita The Malaysian Insight (TMI)



Rangkaian itu akan berakhir di Johor dan bukan di Jurong East, lapor laman itu, yang memetik satu sumber kelmarin.



Projek dua hala yang tertangguh itu mempunyai tarikh akhir 31 Disember sebagai lanjutan terakhir sebelum pegawai harus membuat keputusan akhir mengenai statusnya.



Diminta mengulas, seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura kelmarin berkata dua negara itu sedang dalam perbincangan mengenai projek tersebut.



"Seperti yang disampaikan dalam Kenyataan Bersama 2 Disember oleh kedua-dua Perdana Menteri, kami akan mengumumkan perincian lebih lanjut mengenai Projek HSR melalui Kenyataan Bersama apabila tiba waktunya nanti,"kata jurucakap itu.




Alibaba, Tencent didenda badan antimonopoli China



BEIJING: Badan pengawas antimonopoli China mendenda Alibaba Group Holding dan unit Tencent Holdings atas beberapa pemerolehan yang berlaku bertahun-tahun lalu.



Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran itu juga berkata ia sedang mengkaji langkah penggabungan akan datang yang diterajui Tencent, sekali gus menandakan niat Beijing hendak memperketat pengawasan urus niaga sektor Internet.



Badan itu berkata semalam bahawa ia sedang mengkaji langkah gabungan DouYu International Holdings dan Huya Inc, yang berpotensi mewujudkan penyedia penstriman permainan China yang serupa dengan Twitch oleh Amazon.



Ia mendenda Alibaba 500,000 yuan ($102,000) kerana gagal mendapatkan kelulusan sebelum meningkatkan pegangannya dalam perniagaan pusat beli-belah Intime Retail Group kepada 73.79 peratus pada 2017. - Agensi berita.




Covid-19: Perintah kerja dari rumah tamat di negeri Aust



SYDNEY: Satu perintah kerja di rumah bagi memerangi Covid-19 di negeri New South Wales (NSW) di Australia berakhir semalam, tetapi kebanyakan syarikat merancang mengekalkan aturan kerja fleksibel hingga 2021.



NSW berkata ia akan meneruskan rancangannya menghentikan perintah kesihatan awam yang berkuat kuasa hampir sepanjang tahun ini, sedang negeri itu tidak mencatat jangkitan Covid-19 tempatan baru 10 hari berturut-turut.



Tetapi langkah itu nampaknya lebih simbolik kerana majikan di negeri itu, yang merangkumi banyak syarikat terbesar di Australia, dan pekerja tidak mempunyai rancangan mengubah segera aturan bekerja dari rumah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >