Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Dec 16, 2020 | 5:30 AM
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

Selepas 126 tahun Pulau Pinang tawar khidmat bot laju, ganti feri

GEORGETOWN: Perkhidmatan feri yang digunakan bagi menghubungkan tanah besar di Seberang Perai, Pulau Pinang, dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.

Feri sedia ada pula hanya akan diguna sebagai pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh berkenaan.

Dua bot laju akan digunakan untuk membawa 200 penumpang dengan kepantasan perjalanan antara 10 hingga 15 minit serta kekerapan sebanyak 40 kali sehari. - BHM

Unesco: Utamakan guru bagi suntikan vaksin Covid-19

PARIS: Kerajaan serata dunia diminta supaya turut memberi keutamaan kepada guru untuk memperoleh vaksin Covid-19 dan layanan sebagai petugas 'barisan hadapan'.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menyuarakan perkara itu semalam, ketika Amerika Syarikat memulakan vaksinasi secara besar-besaran dengan memberi suntikan pertamanya kepada seorang jururawat di New York.

"Sejajar perkembangan positif berhubung vaksinasi, kami percaya guru dan kakitangan sokongan pendidikan mesti dianggap berada dalam kumpulan utama," kata Ketua Pengarah Unesco, Cik Audrey Azoulay. - AFP

Gelandangan dipenjara kerana tikam muazin di masjid London

LONDON: Seorang lelaki gelandangan dihukum penjara lebih tujuh tahun semalam selepas menyerang seorang muazin dengan menggunakan pisau di sebuah masjid, di sini, Februari lalu.

Daniel Horton, 30 tahun, didakwa menyerang Raafat Maglad, 70 tahun, muazin di sebuah masjid di pusat London.

Pada pendengaran sebelum ini di mahkamah, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memiliki senjata bilah. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg