Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Dec 18, 2020 | 5:30 AM
SELAMAT MENDARAT: Penyelidik mengkaji di sekitar kapsul Chang'e-5 yang membawa sampel dari Bulan selepas ia mendarat. - Foto REUTERS
SELAMAT MENDARAT: Penyelidik mengkaji di sekitar kapsul Chang'e-5 yang membawa sampel dari Bulan selepas ia mendarat. - Foto REUTERS -

Kapal angkasa China selamat mendarat di Bumi

BEIJING: Kapsul kapal angkasa China Chang'e-5 selamat mendarat di Bumi awal pagi semalam, membawa sampel tanah dan batu dari Bulan, yang juga sampel terbaru bulan di dunia dalam lebih 40 tahun.

Kapsul pesawat angkasa lepas itu mendarat di Siziwang Banner di Wilayah Autonomi Inner Mongolia pada 1.59 pagi (waktu Beijing), menurut Pentadbiran Angkasa Lepas Nasional China (CNSA).

Ketua CNSA, Encik Zhang Kejian, mengisytiharkan bahawa misi Chang'e-5 berjaya, memuktamadkan kejayaan program eksplorasi Bulan membabitkan tiga fasa - mengorbit, mendarat dan membawa pulang sampel - yang bermula pada 2004. - Agensi berita.

Presiden Perancis positif Covid-19

PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, diuji positif bagi Covid-19, kata pejabatnya semalam.

"Presiden Republik ini telah disahkan positif bagi Covid-19 hari ini," kata pejabat itu dalam satu kenyataan semalam.

"Diagnosis ini dibuat menyusuli satu ujian PCR (reaksi rangkaian polimerase) yang dijalankan apabila gejala pertama mula timbul," tambah kenyataan itu.

Menurut pejabat beliau lagi, Encik Macron akan menjalani pengasingan selama tujuh hari akan datang.

Kelmarin, Perancis melaporkan 17,615 jangkitan Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam yang lalu, kenaikan terbesar dalam satu hari di negara itu sejak 21 November. - Agensi berita.

M'sia tetap larang pekerja asing kerja di pasar borong

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia kekal dengan pendiriannya tidak membenarkan pengambilan pekerja warga asing di Pasar Borong Selayang di sini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu kekal walaupun ada pemborong mengemukakan surat rayuan.

"Saya terima surat rayuan pemborong mahu ambil pekerja asing berkerja sebagai pembantu di Pasar Borong Selayang. Jawapan saya tetap. Saya tidak benarkan warga asing berkerja di situ.

"Ambil warga tempatan berkerja, usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar," katanya dalam ciapan di laman Twitternya semalam. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg