Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Dec 18, 2020 | 5:30 AM
a28a9b2a-7113-40f8-ad4f-6fcc9c69be35
-

Covid-19: Pasar Larkin antara dua tempat di JB diarah tutup

JOHOR BARU: Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ) mengarahkan dua tempat di Johor Bahru ditutup seminggu selepas kes Covid-19 positif dikenal pasti di sana.

Penutupan itu turut diiringi langkah sekatan bagi mencegah dan mengawal jangkitan, lapor Bernama.

Dua tempat itu ialah Pasar Awam dan Pusat Jaja Makanan Larkin serta Pejabat Jabatan Pendidikan Johor (JPN), kata pengarah Kesihatan Dalam Negeri, Datuk Dr Aman Rabu.

"Berdasarkan ujian, seorang kakitangan JPN dan kakitangan Pasar Awam Larkin didapati positif bagi Covid-19," katanya.

FDA: Dos lebihan di botol vaksin Covid-19 boleh digunakan

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat semalam berkata dos lebihan dari botol vaksin Covid-19 Pfizer boleh digunakan, selepas terbit laporan mengenai pekerja farmasi membuang dos vaksin itu kerana keliru mengenai maklumat tertera pada label botol.

Stat News melaporkan awal minggu ini pekerja farmasi di hospital membuang satu daripada setiap enam dos vaksin Pfizer-BioNTech yang mula diedarkan di Amerika minggu ini, kerana keliru mengenai label yang digunakan.

Setiap botol vaksin Pfizer itu seharusnya mengandungi lima dos, menurut label pada botol itu, tetapi laporan media berkata kakitangan farmasi mendapati masih ada vaksin mencukupi bagi dos keenam dan ketujuh.

Namun, tanpa kebenaran daripada penghasil vaksin itu, dos lebihan terpaksa dibuang. - Reuters.

AS dakwa lelaki Kenya rancang serangan serupa 911

NEW YORK: Pendakwa Federal di Manhattan telah mengenakan tuduhan ke atas seorang lelaki warga Kenya yang didakwa merancang serangan ke atas sebuah bangunan di bandar Amerika Syarikat, serupa serangan 11 September 2001.

Kes itu diketahui media selepas beberapa dokumen pemerintah didedahkan.

Lelaki itu, Cholo Abdi Abdullah, 30 tahun, difahamkan adalah anggota Al-Shabab, kumpulan pengganas dari Somalia yang pernah disifatkan sebagai rakan bersekutu terbesar dan paling aktif Al-Qaeda.

Sebelum ditangkap, Abdullah telah membuat persiapan di Filipina untuk merampas sebuah pesawat dan melanggarkan pesawat itu ke sebuah bangunan di Amerika, kata pendakwa.

Difahamkan bahawa Cholo Abdi bertindak mengikut arahan komander kanan Al-Shabab yang merancang serangan maut di sebuah hotel di Nairobi, Kenya pada 2019. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg