Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



Pantun, upacara 'wangkang' diiktiraf warisan budaya Unesco



KUALA LUMPUR: Dua warisan budaya - pantun dan upacara wangkang - berjaya dimasukkan dalam kategori Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), secara pencalonan berbilang negara.



Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pengiktirafan itu amat bermakna kerana buat kali pertama Malaysia berjaya mengangkat warisan negara ke pengiktirafan Unesco bersama negara lain, dengan upacara wangkang dicalonkan bersama China, manakala pantun dicalonkan bersama Indonesia.



Upcara Wangkang, bermaksud 'kapal Wang', diadakan sejak 1854 di Melaka sebagai upacara perarakan kapal untuk menjemput roh jahat keluar dari dunia, menurut kepercayaan masyarakat Cina. - BHM.




Paderi Korea Selatan dituduh cabul dua OKU di Pulau Pinang



BUTTERWORTH: Seorang paderi warga Korea Selatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bagi dua tuduhan mencabul kehormatan dua lelaki kurang upaya pada 2013 dan 2017.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan ketiadaan jurubahasa Korea dan jurubahasa isyarat antarabangsa bagi membacakan pertuduhan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.



Mengikut kedua-dua pertuduhan, Jee Jong Hoon, 54 tahun, yang juga orang kurang upaya (OKU) pertuturan dan pendengaran, menggunakan kekerasan jenayah ke atas dua lelaki tersebut dengan niat mencabul kehormatan. - Agensi berita.




Polis tembak tayar treler pemandu pecut di EDL



JOHOR BAHRU: Polis melepaskan dua tembakan bagi menahan seorang pemandu lori treler yang enggan berhenti dan memecut serta memandu secara zig-zag di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) di sini kelmarin.



Pegawai polis terpaksa menembak tayar lori treler yang membawa muatan batu berlebihan itu, sebelum menahannya di Kilometer 7 EDL berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan, dalam kejadian 7.45 pagi itu.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Mohd Padzli Mohd Zain, berkata pemandu itu enggan berhenti walaupun diberi amaran oleh pegawai Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >