Topik diikuti
Pergi ke BHkuHK perluas sekatan bagi tangani kenaikan kes jangkitan Covid-19
HONG KONG: Dengan kenaikan kes jangkitan Covid-19 di bandar itu, Hong Kong akan melaksanakan beberapa langkah baru, termasuk memperluas ujian wajib dan melanjutkan tempoh sekatan semasa yang akan berakhir pada minggu ini, dalam usaha mengawal penularan wabak itu.
Bandar itu kelmarin mencatatkan 107 kes - yang tertinggi dalam sebulan - menjadikan jumlahnya mencapai 9,664 dengan 163 kematian. Daripada jumlah harian, 102 adalah kes tempatan, 42 daripada sumber yang tidak diketahui, sementara 53 berkaitan dengan kes sebelumnya.
Antara langkah yang akan dilanjutkan adalah aturan kerja-dari-rumah buat hampir 180,000 penjawat awam selama seminggu yang akan berterusan hingga 27 Januari. - ST.
Kelab kesihatan di wilayah Jilin disiasat; jadi kelompok besar penularan Covid-19 China
HARBIN (China): Selepas lebih 100 kes Covid-19 dikaitkan dengan seorang jurujual berusia 45 tahun yang positif pada Sabtu lalu, penguasa wilayah Jilin telah melancarkan siasatan terhadap kelab-kelab kesihatan yang mungkin menjadi sebab utama penularan besar-besaran itu.
Jurujual itu, dengan nama keluarga Lin, mengadakan empat bengkel di kelab kesihatan berlainan di Gongzhuling dan Tonghua, di wilayah Jilin, antara 8 dengan 11 Januari, mengakibatkan jangkitan kelompok melibatkan lebih 100 orang dengan purata usia 63 tahun.
"Kami akan menyiasat apakah ada tingkah laku niaga yang tidak sah apabila kelab-kelab itu mempromosi produk mereka melalui bengkel seperti itu," kata Liu Shunchang, timbalan pengarah pentadbiran wilayah itu bagi peraturan pasaran, sambil menambah bahawa jika ada pelanggaran yang dibuat, hukuman berat akan dikenakan. - Agensi berita.