Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



Presiden Mexico ambil sikap positif walau dijangkiti Covid-19



MEXICO CITY: Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan bahawa beliau dijangkiti Covid-19.



Beliau, melalui ciapan di akaun rasminya memberitahu bhawa simptomnya sederhana dan beliau sedang menjalani rawatan.



"Saya kesal untuk memberitahu anda bahawa saya turut dijangkiti virus Covid-19.



"Simptomnya agak sederhana tetapi saya sedia untuk menjalani rawatan perubatan. Seperti biasa, saya seorang optimistik. Kita akan terus bergerak ke depan," katanya.



Segala urusan rasmi pemerintah akan dijalankan oleh Menteri Dalam Negeri. Namun, beliau masih akan mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama Presiden Russia Vladimir Putin semalam.



Pemerintah Mexico mengumumkan awal bulan ini bahawa ia bakal mendapat bekalan 12 juta dos vaksin Sputnik V dari Russia dan penghantaran pertama dijangka tiba dalam beberapa minggu lagi.



Ia juga menyasar memberi 7.4 juta dos vaksin Sputnik V pada akhir bulan Mac. - Agensi berita.




Lewat hantar vaksin: Italy ancam ambil tindakan



ITALY: Italy akan mengambil tindakan undang-undang dan meningkatkan tekanan di Brussels terhadap PfizerIinc dan AstraZeneca kerana kelewatan penghantaran vaksin Covid-19.



Menurut Menteri Luar Negeri Luigi di Maio, tindakan itu bertujuan supaya syarikat berkenaan memenuhi jumlah vaksin sebagaimana dijanjikan selain tidak meminta pampasan.



Katanya, ini adalah kontrak Eropah yang tidak dipatuhi oleh Pfizer dan Astrazeneca.



Justeru, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang supaya program rancangan vaksin tidak berubah.



Pfizer minggu lalu berkata, untuk sementara waktu ia akan melewatkan bekalan ke Eropah untuk membuat perubahan pembuatan yang akan meningkatkan pengeluaran.



Pada Jumaat, Astrazeneca berkata penghantaran awal ke rantau itu akan berkurangan kerana masalah pengeluaran.



Ditanya mengapa syarikat farmasi itu terpaksa mengumumkan pengurangan, Encik Di Maio menyatakan beliau percaya syarikat farmaseutikal telah mengambil lebihan kapasiti pembelian daripada kemampuan mereka.



Italy merupakan antara negara Eropah pertama catat kes Covid-19 pada Mac tahun lalu.



Setakat ini, Italy, mencatatkan 85,461 kes kematian, jumlah kedua tertinggi di Eropah selepas Britain. - Agensi berita.




AS rancang langkah lanjut kekang varian pandemik



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan mengenakan semula larangan perjalanan Covid-19 kepada bukan warganya yang pernah ke Britain, Brazil, Ireland dan beberapa negara Eropah.



Pegawai Rumah Putih semalam berkata Encik Biden juga akan melanjutkan larangan untuk pengembara yang baru-baru ini ke Afrika Selatan susulan amaran terhadap varian baharu virus Covid-19 yang lebih mudah dijangkiti yang kini sudah dikesan di Amerika.



Minggu lalu, Presiden Amerika itu mengetatkan langkah pemakaian pelitup muka dan mengarahkan mereka yang memasuki negara dikuarantin susulan krisis Covid-19 yang semakin buruk.



Encik Biden juga berkata kes kematian akibat Covid-19 di Amerika dijangka meningkat kepada setengah juta orang pada bulan hadapan daripada 420,000 ketika ini dan langkah drastik perlu segera dilaksanakan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >