Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



Bekas juara tinju Leon Spinks meninggal



LOS ANGELES: Bekas juara tinju kelas heavyweight sedunia, Leon Spinks, yang merampas mahkota kejuaraan daripada Muhammad Ali pada 1978 sebelum tewas dalam pertarungan ulangan, meninggal dunia Jumaat lalu, menurut firma hubungan awamnya.



Spinks, 67 tahun, dirawat di hospital di Las Vegas Disember lalu akibat barah yang dialaminya selama lima tahun.



Beliau meninggal dunia dengan isterinya Brenda Spinks berada di sisi, kata kenyataan firma hubungan awam itu kepada stesen televisyen Las Vegas KVVU.



"Pertarungan terakhirnya ditempuhi dengan kemahiran, tenang dan ketabahan yang selama ini dibawanya bersama semasa melalui begitu banyak cabaran sepanjang hidup," kata kenyataan itu. - AFP




Ribuan kembali ke jalan raya Myanmar tunjuk perasaan



YANGON: Ribuan penunjuk perasaan antikudeta di Myanmar kembali ke jalan raya negara tersebut semalam, sedang langkah mematikan rangkaian Internet gagal menahan kemarahan yang semakin memuncak terhadap penggulingan pemimpin terpilih Aung San Suu Kyi oleh angkatan tentera negara itu.



Perhimpunan baru itu menyusuli tunjuk perasaan terbesar kelmarin, apabila puluhan ribu orang keluar di bandar-bandar seluruh negara itu mengecam rampasan kuasa yang menyebabkan tempoh demokrasi selama 10 tahun terhenti.



Ribuan penunjuk perasaan berteriak berarak di Yangon, disokong oleh bunyi hon.



Mereka mengangkat sepanduk - termasuk beberapa yang menyatakan "Kami tidak mahu diktator tentera" - dan bendera merah parti Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD). - AFP




4 maut, 4 lagi cedera dalam kejadian runtuhan salji di Amerika



WASHINGTON: Empat pemain ski terkorban dan empat yang lain cedera selepas runtuhan salji melanda sebuah kanyon di Utah, kata pihak berkuasa tempatan dan media pada Jumaat.



Pusat Runtuhan Salji Utah, yang merekodkan kejadian seperti itu di kawasan tersebut, berkata kematian itu merupakan yang tertinggi sejak 1992.



"Kami diselubungi kesedihan dengan laporan empat pemain ski terkorban hari ini dalam satu runtuhan salji dekat Wilson Peak di bahagian atas Mill Creek Canyon," kata pusat tersebut dalam satu tweet. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >