Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Feb 17, 2021 | 5:30 AM
c94cb42b-b19a-45b9-ae8a-1e2b252031d9
-

WHO lulus vaksin Covid-19 AstraZeneca bagi negara miskin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 AstraZeneca, membolehkan ia mula diedar ke beberapa negara miskin.

"WHO hari ini menyenaraikan dua versi vaksin Covid-19 AstraZeneca-Oxford bagi kegunaan kecemasan, memberi lampu hijau bagi ia diedar pada peringkat global melalui program Covax," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pembantu Ketua Pengarah WHO, Dr Mariangela Simao, berkata dua versi vaksin itu dihasilkan oleh Institut Serum India (SII) dan Korea Selatan. "Negara tanpa akses ke vaksin hingga sekarang akhirnya akan dapat memulakan suntikan ke atas pekerja kesihatan dan penduduk berisiko mereka, sekali gus menyumbang kepada matlamat edaran saksama vaksin Covax," katanya. - AFP.

Ebola tular di Afrika Barat tapi negara terjejas lebih sedia hadapi

CONAKRY: Afrika Barat kini berdepan semula wabak Ebola, yang kali akhir menyerang pada 2016, apabila Guinea mengesahkan tujuh kes berkaitan epidemik itu.

Berbeza daripada pandemik Covid-19, yang mengenakan tekanan ke atas sistem kesihatan di seluruh dunia, Guinea dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka lebih bersedia menghadapi Ebola sekarang berbanding lima tahun lalu hasil perkembangan positif vaksin bagi melindungi masyarakat daripada wabak itu.

WHO turut berkata ia akan menghantar bantuan segera ke Guinea dan memastikan penduduknya mendapat inokulasi secukupnya. Negara jiran, termasuk Liberia dan Sierra Leone, disarankan mengambil langkah waspada bagi mengelakkan penularan wabak itu. - AFP.

Speaker AS gesa bentuk suruhanjaya siasat rusuhan di Capitol

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, menggesa sebuah suruhanjaya siasatan khas dibentuk bagi menyiasat rusuhan dan pemberontakan yang berlaku di Bangunan Capitol pada 6 Januari.

Gesaan itu dibuat sehari selepas Senat gagal menyabitkan mantan presiden Donald Trump bersalah menyebabkan episod berdarah itu berlaku.

Pembentukan suruhanjaya siasatan khas itu dan laporannya kelak serupa tindakan yang diambil menyusuli serangan pengganas ke atas menara berkembar di New York pada 11 September 2001. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg