Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Feb 21, 2021 | 5:30 AM
cb25bd03-7df0-47c7-a11d-1f962d49fd18
-

Malaysia akan belanja $4.9b untuk teknologi 5G jelang hujung 2021

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dijangka menikmati hubungi Internet yang lebih cepat dengan teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Malaysia akan membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa sebenar bagi membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.

Bagi merealisasikan tujuan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaan akan melaburkan RM15 bilion ($4.9 billion) dalam tempoh 10 tahun bagi pelaksanaan 5G ke seluruh negara dan dijangka akan mewujudkan 105,000 peluang pekerjaan.

"Bayangkanlah, teknologi 5G ini merupakan satu gamechanger kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang membawa kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Hal ini kerana 5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian Internet yang lebih laju, tetapi lebih penting dari itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna, termasuk aplikasi-aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit-pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar, dan aplikasi-aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian," kata beliau semalam, lapor Astro Awani.

Beliau berkata pelaksanaan 5G akan dijalankan oleh sebuah entiti khusus di bawah kerajaan Malaysia dan akan diberi spektrum bersesuaian untuk memiliki, melaksana dan mengurus perkhidmatan 5G.

Putera Harry lepaskan semua gelaran kehormat

LONDON: Putera Diraja Britain, Putera Harry akan melepaskan jawatan kehormat tentera dan hak keistimewaannya selepas mengesahkan kepada Ratu Elizabeth II bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle tidak akan kembali sebagai anggota Diraja yang bekerja, Istana Buckingham mengumumkan semalam.

Duke dan Duchess of Sussex, sebagaimana mereka dikenal secara rasmi, menggegarkan monarki Britain ketika mereka berhenti dari tugas barisan hadapan Diraja setahun lalu.

Sejak itu, mereka memulakan kehidupan baru yang membabitkan beberapa usaha komersial di Amerika Syarikat dan kini tinggal di California.

Di bawah syarat awal pemergian mereka yang dilakukan pada pertemuan kecemasan dengan permaisuri pada awal 2020, Putera Harry telah bersetuju untuk menilai semula keputusan terbabit pada tahun berikutnya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg