Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



Jokowi usul pemimpin Asean adakan mesyuarat bincang krisis Myanmar



SINGAPURA: Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo semalam mengusulkan agar pemimpin Asia Tenggara bertemu untuk membincangkan krisis di Myanmar, sedang beliau menggesa agar demokrasi, keamanan dan kestabilan dipulihkan dan keganasan dihentikan segera.



Dalam ucapan yang disiarkan dari istana Presiden di Bogor, Jawa Barat, Presiden itu berkata beliau akan segera mengadakan perbincangan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selaku pengerusi Asean, tentang kemungkinan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai krisis itu.



Encik Jokowi berkata Indonesia menggesa agar "dialog dan perdamaian dilakukan segera untuk memulihkan demokrasi, memulihkan keamanan dan memulihkan kestabilan di Myanmar", lapor The Straits Times.



Beliau turut mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka menyusuli tindakan keras tentera terhadap penunjuk perasaan berikutan rampasan kuasa 1 Februari.



"Bagi pihak saya dan seluruh rakyat Indonesia, saya ingin mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terkorban dan keluarga mereka akibat penggunaan kekerasan di Myanmar," katanya.




Tindakan junta cetus pelarian dari Yangon



YANGON: Jalan keluar dari Yangon, kota terbesar Myanmar, sesak semalam dengan orang ramai melarikan diri daripada tindakan keras junta terhadap gerakan antirampasan kuasa tentera, sedang pihak berkuasa di negara jiran Thailand mengatakan mereka bersiap sedia bagi kemasukan pelarian.



Myanmar berada dalam kekacauan sejak pihak tentera menggulingkan pemimpin sivil Cik Aung San Suu Kyi pada 1 Februari, mendorong pemberontakan besar-besaran yang cuba dihancurkan oleh pasukan keselamatan dengan kempen keganasan.



Lebih 220 orang telah disahkan terbunuh dan 2,000 ditahan, menurut kumpulan pemantau tempatan.



Junta itu minggu ini melaksanakan undang-undang tentera ke atas enam bandar di Yangon, sekali gus meletakkan hampir dua juta orang di bawah kuasa komander tentera.



Semalam, media tempatan memaparkan lalu lintas sesak di lebuh raya utama yang menuju ke utara dari Yangon, dan melaporkan bahawa orang ramai melarikan diri dari bandar ke kawasan luar bandar. - AFP.




Jerman, Perancis antara negara kembali guna AstraZeneca setelah pengawal selia sokong vaksin



AMSTERDAM/LONDON: Jerman, Perancis dan beberapa negara Eropah lain mengumumkan rancangan untuk kembali menggunakan vaksin AstraZeneca Covid-19 kelmarin setelah pengawal selia Kesatuan Eropah (EU) dan Britain mengambil langkah meningkatkan keyakinan terhadap vaksin itu tersebut, dengan mengatakan manfaatnya melebihi risiko.



Laporan tentang pembekuan darah otak yang jarang berlaku telah mendorong beberapa negara untuk menghentikan penggunaan vaksin itu.



Setelah melakukan siasatan terhadap 30 kes penyakit darah yang jarang berlaku itu, Badan Perubatan Eropah (EMA) memutuskan bahawa manfaat vaksin dalam melindungi orang ramai daripada kematian yang berkaitan dengan koronavirus atau kemasukan ke hospital melebihi risiko yang mungkin berlaku.



Namun, ia mengatakan kaitan antara pembekuan darah otak dan suntikan vaksin itu tidak dapat diketepikan secara pasti. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >