Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



22 mumia diraja dipindah dalam festival malam



KAHIRAH: Malam hujung minggu di ibu negara Mesir jadi medan festival apabila sebuah perarakan gala dianjurkan bagi meraikan warisan sejarah mereka.



Dalam limpahan cahaya dan iringan persembahan bunyi-bunyian, perarakan itu sebenarnya acara pemindahan 22 mumia diraja dari pusat kota Kahirah ke tempat persemadian baru iaitu sebuah muzium di selatan ibu negara itu.



Acara yang dianjur bagi menunjukkan khazanah negara yang kaya itu bergerak sepanjang laluan pinggir Sungai Nil dari Muzium Mesir, melewati Dataran Tahrir, menuju Muzium Nasional Peradaban Mesir di kejiranan Fustat.



Semua mumia itu dibawa dalam bekas yang dilengkapi kawalan suhu, diletakkan di atas trak yang dihiasi sayap dan corak motif zaman Firaun dan bergerak dalam perjalanan selama satu jam dari Muzium Mesir.



Rekaan kenderaan itu seumpama perahu zaman dahulu yang digunakan untuk membawa firaun yang mati ke kuburan mereka.



Kebanyakan mumia itu dari kerajaan usang yang pernah memerintah Mesir dari 1539 hingga 1075 Sebelum Masehi, menurut Kementerian Antikuiti.



Perarakan malam minggu yang dianjur untuk siaran televisyen itu sememangnya usaha Mesir menunjukkan kepada pelancong dunia tentang artifak berharga negara itu.



Industri pelancongan Mesir selama ini banyak kali diuji, bermula dengan kegawatan politik pada 2011 yang menggulingkan Hosni Mubarak dan yang paling terkini, kekangan akibat pandemik COVID-19.



"Perarakan ini adalah acara global yang tidak akan diulang lagi," ujar Menteri Pelancongan dan Antikuiti Khaled el-Anany. - Agensi




Penyelam lancar usaha cari 17 nelayan di Indonesia



JAKARTA: Penyelam mula melancarkan usaha mencari 17 nelayan yang dilaporkan hilang, selepas bot mereka merempuh sebuah pengangkut pukal dan terbalik di perairan Laut Jawa semalam, kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia.



Jurucakap Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Yusuf Latif dalam kenyataan berkata, 15 kru daripada bot nelayan Barokah Jaya dipindahkan selepas insiden pada kelmarin, tetapi lima penyelamat masih mencari baki 17 nelayan.



"Kami masih melakukan pencarian itu," katanya sambil menambah sebuah kapal penyelamat menaikkan kumpulan nelayan terselamat itu.



Beliau berkata, pelanggaran itu berlaku pada 9.30 pagi dan pengangkut pukal itu, Habco Pioneer, berkapasiti hampir 30,000 tan. Kedua-duanya ialah kapal Indonesia.



Tiada laporan kematian atau kehilangan kru Habco Pioneer, yang dimiliki syarikat kapal tunda dan tongkang, PT Habco Primatama. - Agensi berita




Brunei lancar program vaksinasi Covid-19



BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melancarkan program vaksinasi Covid-19 selepas membuka pusat suntikan vaksin di seluruh negara itu kelmarin.



Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, seramai 754 orang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 semalam, termasuk Menteri Kesihatan, Awang Mohammad Isham.



Beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 Sinopharm di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hospital awam terbesar di negeri itu bersama penerima lain.



"Kita perlu berganding bahu dan bersama-sama bagi melindungi rakyat negeri ini dengan vaksin sekali gus memutuskan rantaian pandemik Covid-19.



Beliau berkata, kementerian itu mengagihkan vaksin Covid-19 Sinopharm dan AstraZeneca di hari pertama program vaksinasi dilaksanakan.



Suntikan vaksin Covid-19 adalah percuma untuk rakyat dan permastautin tetap di Brunei berusia 18 tahun dan ke atas.



Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerima vaksin Covid- 19 AstraZeneca di Istana Nurul Iman pada Khamis lalu.



Sehingga semalam, Brunei mencatatkan 214 kes jangkitan COVID-19 dan tiga kes kematian. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >