Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



Neelofa didenda RM20,000 kerana langgar SOP majlis kahwin



KUALA LUMPUR: Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dijatuhkan hukuman denda RM20,000 ($6,460) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan semasa majlis perkahwinannya.



Denda itu untuk dua kesalahan, salah satunya melibatkan peranannya sebagai penganjur acara yang gagal memastikan jarak fizikal satu meter antara hadirin.



Kesalahan keduanya adalah melibatkan kesalahan melanggar permit perjalanan antara negeri yang dikeluarkan untuk beliau dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail, apabila kedua-duanya pergi ke Langkawi dan telah melakukan kegiatan di luar bidang yang diizinkan polis.



Untuk lawatan Langkawi itu, suami Neelofa yang dikenali dengan nama PU Riz didenda RM10,000.



Dalam satu kenyataan oleh ketua polis daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, polis juga mengeluarkan denda RM1,500 kepada setiap seorang daripada 20 anggota keluarga Neelofa kerana tidak mematuhi peraturan jarak fizikal satu meter semasa upacara perkahwinan. - New Straits Times




Kumpulan pemberontak Karen tawan pos tentera Myanmar



YANGON: Kumpulan pemberontak Kesatuan Nasional Karen (KNU) berjaya menawan sebuah pos tentera Myanmar yang dekat dengan sempadan Thailand semalam, kata ketua urusan luar kumpulan bersenjata, Padoh Saw Taw Nee, kepada Reuters.



Beliau mengatakan bahawa kem itu telah diduduki dan dibakar dan kumpulan itu masih memeriksa bilangan kematian dan yang tercedera.



Saksi di Thailand melaporkan pertempuran sengit telah meletus di sebuah pos tentera berhampiran sempadan timur dengan Thailand di kawasan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh pasukan tentera etnik Karen.



Tembakan dapat didengar dari seberang sungai Salween dan video yang disiarkan di media sosial menunjukkan kebakaran dan asap dari bukit-bukit berhutan. - Reuters




Obama sifatkan situasi di Myanmar 'memilukan'



WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, yang dalam penggalnya telah memperjuangkan usaha mendekati tentera Myanmar untuk mempromosikan perubahan demokratik, berkata kelmarin beliau "terkejut dengan kekerasan yang memilukan" yang digunakan tentera itu terhadap orang awam setelah merampas kembali kuasa.



Dalam satu kenyataan yang jarang dikeluarkan, Encik Obama berkata beliau menyokong usaha pentadbiran Biden dan negara-negara yang berfikiran sehaluan untuk mengenakan tindakan ke atas jeneral Myanmar.



"Usaha tidak sah dan ganas tentera untuk memaksa kehendaknya setelah sedekad (Myanmar) mempunyai kebebasan yang lebih tinggi jelas tidak akan pernah diterima oleh rakyat dan tidak boleh diterima oleh dunia yang lebih luas," kata Encik Obama dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter.



"Jiran Myanmar harus menyedari bahawa rejim pembunuhan yang ditolak oleh rakyat hanya akan membawa ketidakstabilan yang lebih besar, krisis kemanusiaan, dan risiko negara yang gagal," tambahnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >