Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



Bahrain kekal hukuman mati dua lelaki, tolak gesaan PBB



DUBAI: Bahrain kelmarin menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meminta pembebasan dua lelaki berdepan hukuman mati, ekoran laporan mendakwa tuduhan pembunuhan dilakukan berdasarkan pengakuan yang dibuat menerusi seksaan.



Pada Julai tahun lalu, mahkamah tertinggi Bahrain menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamed Ramadhan dan Hussain Moosa, yang disabit kesalahan membunuh seorang pegawai polis dalam serangan bom pada 2014.



Pada 17 Jun lalu, Kumpulan Kerja Berkaitan Tahanan PBB memetik laporan mendakwa bahawa kedua-dua lelaki berkenaan diseksa ketika siasatan dan dipaksa menandatangani pengakuan.



Namun, jurucakap kerajaan Bahrain dalam satu kenyataan bertulis menyatakan, Ramadhan dan Moosa disabitkan dengan kesalahan jenayah serius. - AFP.




Israel benarkan 'eksport terhad' hasil tani dari Gaza



BAITULMAKIS: Israel akan membenarkan 'eksport terhad' hasil pertanian dari Gaza, sebulan selepas gencatan senjata dengan pejuang Hamas di wilayah berkenaan yang menamatkan konflik hampir dua minggu.



Kawasan kependudukan padat, yang menempatkan sekitar 2 juta penduduk Palestin, sudah berada di bawah sekatan Israel sejak 2007.



Sekatan tambahan sejak konflik sengit bulan lalu menyebabkan petani Gaza tidak dapat mengeksport barangan seperti biasa, dengan hasil seperti tomato dan strawberi tidak terjual, menyebabkan kejatuhan harga.



"Eksport hasil pertanian yang terhad dari Semenanjung Gaza akan bermula pada Isnin," menurut badan ketenteraan Israel yang menguruskan hal ehwal awam di wilayah Palestin, COGAT, dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >